Sindiket Dadah 'Masuk' Sekolah - Lam Thye

Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2014 4:15 PM

Lee Lam Thye.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masalah dadah semakin membimbangkan apabila sindiket dadah dikatakan menyasarkan sekolah sebagai lubuk untuk merekrut pelajar bagi menjalankan kegiatan penjualan bahan terlarang itu.

Pendedahan membimbangkan itu dibuat Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye pada sesi Town Hall  Dasar Dadah Negara yang diadakan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Menara Mara, pada Isnin.

Lebih mengejutkan lagi apabila aktivis sosial itu memberitahu, perkara tersebut dimaklumkan pihak ibu bapa kepadanya. 

"Perkara ini sangat membimbangkan kita, justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh anak mereka dan dengan siapa mereka berkawan. 

"Ibu bapa tidak boleh meletakkan tanggungjawab untuk membanteras najis dadah di tangan agensi kerajaan semata-mata dan lebih penting semua pihak harus bekerjasama untuk menanganinya," katanya.

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya masyarakat membuang sindrom penafian dalam diri bagi memerangi isu dadah yang semakin serius di negara ini. 

"Masanya telah tiba, kita perlu membuang sindrom penafian dalam diri masing-masing kerana ia adalah halangan utama. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu jadi rakan kongsi kepada kerajaan. 

"Pada masa sama, kerajaan perlu memperuntukkan dana yang secukupunya serta sumbangan daripada sektor swasta kepada NGO seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) untuk membantu dalam aspek pencegahan najis dadah. 

Lam Thye turut menyeru semua pihak berjihad memerangi dadah kerana ia kekal antara punca utama yang boleh memusnahkan masa depan generasi muda dan negara.

"Lebih baik kita berjihad memerangi dadah, kita berjihad bersama-sama dengan semua lapisan masyarakat, bermula dengan perdana menteri, pegawai kerajaan mahupun masyarakat setempat turun padang berjihad memerangi dadah sebagai musuh nombor satu negara," katanya. 

Mengulas lanjut, mengenai aspek pencegahan najis dadah, beliau berkata, kerajaan perlu ada iltizam politik yang jelas. 

"Walau apa jua undang-undang yang ada ketika ini, kita perlu ada iltizam politik, jika kita tiada ini, apa jua yang kita lakukan tidak dapat dilaksanakan. 

"Agensi penguatkuasaan perlu ada integriti untuk mengatasi masalah dadah di negara ini. Sekalipun hukuman mati secara mandatori dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan dadah. Mereka tidak takut... mengapa perkara ini berlaku? 

"Ini satu masalah yang serius, mungkin mereka lihat perniagaan dadah ini sangat menguntungkan," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penolong Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan, Zolkifli Mohd Dom berkata, Dasar Dadah Negara dijangka dibentang ke Kabinet tahun hadapan. 

"Ketika ini AADK sedang bekerjasama dengan Majlis Profesor Negara merangka pendekatan yang lebih berkesan bagi membendung acanaman gejala dadah ini. 

"Orang ramai juga boleh mengemukakan cadangan dan idea di laman web AADK sekiranya ia sesuai mungkin akan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan