Ibu Bapa Kecewa Dengan Keputusan PT3

Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2014 8:27 PM

Sebahagian pelajar memeriksa nama masing-masing sebelum mengambil keputusan PT3 di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bharu pada Isnin. Foto: ABDUL RAHMAN EMBONG/THE STAR.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sebahagian daripada ibu bapa kecewa dengan keputusan anak-anak mereka dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau Penilaian Tingkatan 3 yang diumumkan pada Isnin.

Ibu bapa termasuk anak-anak mereka yang mengambil bahagian dalam peperiksaan itu masih keliru dengan format peperiksaan yang baharu dilaksanakan tahun ini untuk pelajar Tingkatan Tiga .

Mereka menyalahkan guru yang telah menetapkan tanda aras yang tinggi menjadikannya hampir mustahil bagi pelajar untuk mendapat keputusan yang baik.

Seorang ibu yang merupakan akauntan Salmah Masani,50, berkata beliau terkejut apabila anak perempuan bongsunya hanya mencatat dua A termasuk E bagi mata pelajaran Sains dalam peperiksaan itu.

"Sebelum ini dia tidak pernah mendapat markah di bawah B dalam setiap mata pelajaran termasuk peperiksaan percubaan  dan tidak percaya apabila saya melihat keputusannya ini.

"Saya agak kecewa dan bagaimana peperiksaan itu dijalankan. Mereka kurang mendapat bimbingan dari guru-guru terutamanya bagi penilaian dalam matapelajaran Geografi dan Sejarah" katanya.

Guru tadika T. Thama,50, mendakwa sistem baharu yang diwujudkan ini lebih mempunyai kecenderungan pilih kasih di kalangan guru-guru, yang boleh memberi kesan buruk kepada pelajar.

"Para pelajar dibiarkan tertanya-tanya tanpa bimbingan guru-guru seterusnya mereka keliru. Saya berharap Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan kembali kepada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Sistem peperiksaan baharu juga tidak membenarkan penilaian dibuat di seluruh negara kerana kertas soalan berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain, " katanya.

Suri rumah Rosnani Mohd Zan ,43, berkata walaupun anak perempuannya mencatat lurus A dalam peperiksaan PT3, dia masih tidak berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan oleh kementerian.

"Anak perempuan saya hanya mempunyai dua bulan untuk menyediakan PT3 tetapi dalam masa sama terpaksa berdepan dengan tugas lain sebelum penilaian dibuat," katanya.

Sementara itu, guru besar Maktab Sultan Abu Bakar(MSAB) Samsudin Md Ariff berkata daripada 140 pelajar yang menduduki PT3 , hanya lima daripada mereka mencatat lulus semua A bagi penilaian mereka.

"Ujian ini adalah baik untuk sekolah bagi mengakses pelajar secara menyeluruh dan juga untuk menentukan aspek-aspek lain bakat mereka.

"Untuk PT3 , mereka tidak memberi tumpuan hanya pada kertas peperiksaan tetapi juga kepada aspek-aspek lain seperti sukan, kepentingan pengetahuan umum," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Tags / Kata Kunci: PT3 , ibubapa kecewa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan