Fenomena Air Pasang, Hujan Diramal Berterusan

Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2014 8:31 AM

Mangsa banjir, Mat Ali Ibrahim bersama anak-anaknya mengharungi air banjir menggunakan sampan di Kampung Pinang Baru, Dungun.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Banjir yang melanda pantai timur dan menyebabkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dijangka bertambah buruk dengan hujan diramalkan berterusan untuk beberapa hari lagi.

Jabatan Meteorologi meramalkan fenomena air pasang kerana fasa bulan penuh besar dan perigi (perigee), memburukkan lagi situasi itu.

Fenomena perigi terjadi apabila bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi, menyebabkan daya graviti lebih kuat daripada biasa, menjana air pasang yang tinggi.

Jabatan itu telah mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning bagi negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Baru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (semua daerah), Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin dan Jerantut) dan Johor (Mersing, Kota Tinggi, Kluang dan Segamat).

Amaran peringkat kuning adalah tidak kritikal yang melibatkan hujan yang kadangkala sederhana dan lebat, dijangka berterusan dalam tempoh 24 hingga 48 jam akan datang.

Apabila hujan berubah dari sekejap-sekejap ke tanpa berhenti, amaran peringkat kuning akan ditukar kepada jingga dan merah sekiranya hujan lebat yang boleh membawa banjir teruk.

Jurucakap jabatan itu, Dr Hisham Mohd Anip berkata, hujan lebat biasanya dijangka melanda negeri di Terengganu selatan, Pahang timur dan Johor timur pada hujung tahun.

"Kami menjangkakan hujan di kawasan tersebut berterusan sehingga Krismas," katanya pada Ahad.

Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) dengan kelajuan 60km sejam serta ombak mencapai ketinggian 5.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga Rabu ini.

Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kenaikan paras air laut.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai, perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak dan menangkap ikan.

Sementara itu, Bernama melaporkan jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan menurun daripada 20,227 kepada 18,570 orang malam Ahad.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa kini ditempatkan di 65 pusat pemindahan berbanding 70 pusat petang Ahad.

Di Tumpat, jumlah mangsa bertambah sedikit kepada 5,328 orang di lapan pusat pemindahan berbanding 5,320 orang petang Ahad.

Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras bahaya 9 meter dengan bacaan 10.34 meter.

Di Terengganu, seramai 4,780 mangsa ditempatkan di 53 pusat pemindahan di tujuh daerah di sekitar negeri itu.

Daripada jumlah itu, Dungun mencatatkan paling ramai mangsa sebanyak 2,102 orang daripada 554 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan.

Tags / Kata Kunci: banjir , fenomena air pasang

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan