Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 10:44 AM

Beberapa pelangan menikmati sarapan pagi dihadapan sebuah warung yang tetap beroperasi walaupun dilanda banjir di Kampung Kok Semeru dekat Tumpat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung masih belum reda dengan lapan jajahan di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 21,328 pagi Ahad berbanding 19,186 orang malam Sabtu.

Di KOTA BARU, menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa banjir daripada 6,933 keluarga itu ditempatkan di 84 pusat pemindahan dengan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah terbesar mangsa iaitu 12,008 orang yang ditempatkan di 35 pusat pemindahan berbanding 11,079 orang malam Sabtu.

Di Tumpat, jumlah mangsa juga terus bertambah kepada 5,229 orang yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan berbanding 3,861 orang sebelum ini.

Pertambahan jumlah mangsa banjir itu berikutan limpahan air Sungai Golok, Rantau Panjang yang kini mencatat bacaan 10.27 meter melepasi paras bahaya 9 meter.

Keadaan cuaca yang mendung disusuli sesekali hujan lebat masih berlaku terutama di kawasan pedalaman negeri ini.

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai berkurangan kepada 1,928 orang yang ditempatkan di lapan buah pusat berbanding 2,452 orang sebelum ini.

Di Pasir Puteh pula, 619 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan, Tanah Merah (619 orang/14 pusat pemindahan), Kota Baharu (336 orang/empat pusat pemindahan) dan Jeli (216 orang/empat pusat pemindahan), menurut portal itu.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan jumlah yang terkorban akibat banjir gelombang kedua di negeri ini sejak 16 Dis lalu masih kekal empat orang.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman mengingatkan penduduk agar mematuhi arahan agar berpindah sekiranya kawasan penempatan mereka mengalami banjir.

Beliau juga turut mengingatkan penduduk terutama kanak-kanak agar tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun sedikit apabila 860 orang di beberapa daerah mengambil kesempatan pulang ke rumah masing-masing setelah air di kawasan kediaman mereka surut pada Sabtu.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, dengan perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah mangsa yang kini masih berada di 100 pusat pemindahan menurun kepada 6,746 orang berbanding 7,508 malam Sabtu.

Bagaimanapun, Besut masih lagi merupakan kawasan paling terjejas dengan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,459 daripada 736 keluarga, diikuti Dungun 2,281 orang (608 keluarga) dan Kemaman 1,295 orang (345 keluarga), Hulu Terengganu 429 orang (123 keluarga), Setiu 124 orang (30 keluarga), Kuala Terengganu 118 orang (28 keluarga) dan Marang 40 orang (12 keluarga).

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan keadaan paras air di beberapa batang sungai utama di Terengganu melepasi paras amaran.

Di Besut, paras air di Jambatan Permaisuri mencatat bacaan 8.74 meter, melepasi paras amaran 8.2 meter dan menghampiri paras bahaya 8.8 meter.

Malah paras air Sungai Marang di Kampung Pengkalan Berangan juga meningkat kepada 2.34 meter, melepasi paras amaran 2.3 meter, Sungai Setiu di Kampung Langkap (22.07m) melepasi paras amaran 21.5 meter, Sungai Berang di Kuala Ping (19.90m) melepasi paras amaran 19.3 meter dan menghampiri paras bahaya 20 meter.

Katanya beberapa batang sungai yang lain kini berada dalam tahap waspada dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati memandangkan hujan lebat di kawasan pedalaman.

Tags / Kata Kunci: banjir , kelantan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan