Gempa Bumi Sederhana Landa Samar, Filipina

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 10:41 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Samar, Filipina pada 8.25 pagi Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu terletak 111km di timur laut Tacloban City, Filipina dan 1,077km di timur laut Sandakan, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu.
Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Filipina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan