Rumpai Miang Mexico 'Tawan' Kaki Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 7:52 AM

Rumpai miang Mexico kini dikesan di kaki Gunung Kinabalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Selepas didapati tumbuh di beberapa negeri di Semenanjung, rumpai miang Mexico atau nama saintifiknya 'Parthenium Hysterophorus' kini dikesan menawan kaki Gunung Kinabalu.

Tumbuh dalam kawasan kecil, ia ditemui di Kampung Lasing Ranau, kata Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, Idrus Shafie.

Beliau berkata, ia adalah penemuan pertama di negeri itu selepas berita mengenai tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara itu dikesan di Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu, awal bulan ini.

Pakar pertanian Sabah akan mengambil langkah untuk memusnahkan tumbuhan itu bagi mengelak ia merebak ke kawasan lain.

"Kami sentiasa dalam keadaan siap sedia apabila rumpai miang itu dikesan di Semenanjung," katanya sambil menambah pihaknya belum pasti sama ada tumbuhan itu sudah merebak meluas di negeri berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa daerah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan penduduk.

"Maklum balas Kementerian Kesihatan juga diminta untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai kesan rumpai miang itu kepada kesihatan," katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya turut mengedarkan risalah kepada petani di sini bagi mendidik mereka mengenai bahayanya rumpai berkenaan.







Tags / Kata Kunci: rumpai miang , Mexico , Gunung Kinabalu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan