Najib Nikmati Nasi Dagang Ubai Di Warung Tepi Jalan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 5:20 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyenduk lauk masakan tradisional "Nasi Dagang" ketika singgah untuk bersarapan bersama penduduk kampung di gerai Nasi Dagang Ubai di Pekan, Sabtu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Orang ramai yang sedang bersarapan di sebuah warung nasi dagang di tepi Jalan Kuantan-Pekan pagi Sabtu terkejut apabila mendapati seorang daripada pelanggan di warung berkenaan adalah pemimpin nombor satu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan, meminta anggota rombongannya singgah di warung di Ubai, Pekan untuk menikmati Nasi Dagang Ubai yang sememangnya terkenal di kalangan penduduk Kuantan dan Pekan.

Beliau meluang masa hampir 20 minit untuk bersarapan dan bertanya khabar kepada pelanggan-pelanggan lain sebelum turut melawat sebuah lagi gerai berhampiran.

Kehadiran Najib menarik perhatian orang ramai yang kemudian mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dan bergambar dengan beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen Pekan.

Najib dalam ucapannya pada majlis berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan selepas itu berkata, kesempatan menikmati sarapan dan bermesra dengan rakyat seperti itu adalah satu kepuasan untuk dirinya.

"Bagi ahli politik seperti saya, bukan kejayaan dasar besar yang memberi kepuasan kepada diri saya, tetapi lebih kepada perkara kecil seperti ini yang memberi kepuasan sehingga menusuk kalbu saya.

"Menerusi cara ini juga saya dapat mendampingi rakyat dengan cara yang lebih istimewa," katanya.

Sementara itu, pemilik Warung Nasi Dagang Ubai, Rosli Omar 52, melahirkan rasa bangga dan gembira kerana pemimpin nombor satu negara sudi singgah dan melawat gerainya sambil bertanya khabar.

"Selama ini saya hanya melihat konvoi Perdana Menteri melalui gerai saya apabila beliau mempunyai acara di Pekan, namun tak sangka pula hari ini beliau singgah dan bertanya khabar," katanya yang membuka warung berkenaan sejak 1998.

Selepas program berkhatan, Najib turut meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk menziarahi kenalan lama beliau Datuk Dr Abdul Manaf Abdullah, 72, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang di Kampung Mengkasar di sini.

Menurut seorang daripada anak Dr Abdul Manaf, Azman, 41, walaupun ayahnya dalam keadaan uzur, namun beliau masih dapat mengenali Najib dengan hanya mendengar suara.

"Selain bertanya khabar ayah, Perdana Menteri juga sempat mengimbas kenangan-kenangan lama di antara mereka," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Dr Abdul Manaf pernah menjadi Adun Kuala Pahang selama dua penggal bermula tahun 1986.

Azman berkata, ayahnya juga pernah menyandang Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan selain pernah menjadi Setiausaha dan Bendahari Umno Bahagian Pekan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan