Bekas Adun Perupok Omar Mohamed Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 8:21 PM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perupok, Datuk Omar Mohamed, meninggal dunia akibat serangan jantung di hospital KPJ Perdana Specialist Kota Bharu, pada Sabtu.

Allahyarham  berusia 69 tahun. 

Anak beliau, Khairudin, 49, berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu Jumaat malam selepas mengadu tidak sihat setelah dimaklumkan mengenai kematian rakan karibnya, Idris Ahmad, yang juga bekas Anggota DUN Tawang.

"Kira-kira 10.30 malam tadi, ketika saya beritahu abah mengenai kematian Ustaz Yeh (Idris), dia nampak terkejut. Bila pegang tangannya, memang sejuk dan beliau meminta saya supaya membawanya ke hospital," katanya ketika ditemui di rumah allahyarham di sini, Sabtu.

Idris meninggal dunia semalam akibat diabetes dan masalah jantung.

Omar yang juga bekas Speaker DUN Kelantan (1990-1995) menjadi Anggota DUN Perupok dari 1986 hingga 2013 dan anggota Exco kerajaan negeri dari 1995 hingga 2004).

"Abah sempat beritahu saya, dia mungkin ikut jejak Ustaz Yeh (Idris) selepas menerima berita kematian beliau," katanya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bachok selepas solat Isyak malam Sabtu.

Omar, yang juga Yang Dipertua PAS Bachok, meninggalkan isteri, Fatimah Che Yah Zakaria, 67, lima anak dan empat cucu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan