Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Cecah 19,715 Orang

Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 12:42 PM

Penduduk meredah banjir untuk menunaikan solat berjemaah di Masjid Nurul Hidayah, Tumpat, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 19,715 orang tengah hari Sabtu berbanding 18,812 orang pagi Sabtu berikutan pertambahan mangsa banjir di jajahan Tumpat.

Menurut portal banjir kerajaan negeri pada pukul 12 tengah hari Sabtu, keadaan itu berikutan limpahan air Sungai Golok yang masih melepasi paras bahaya.

Keseluruhan pusat pemindahan di tujuh jajahan iaitu Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Kota Baharu, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah, kini bertambah kepada 86 berbanding 83 pagi tadi.

Jajahan Pasir Mas masih menempatkan jumlah terbesar mangsa banjir dengan 11,156 orang tengah hari ini berbanding 10,599 orang pagi tadi, yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Jajahan Tumpat pula meningkat kepada 3,310 orang tengah hari ini berbanding 3,115 pagi tadi, yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Kuala Krai meningkat kepada 3,035 orang tengah hari ini berbanding 2,865 orang pagi tadi. Kesemuanya ditempatkan di 12 pusat pemindahan.

Di Kota Baharu, 761 mangsa banjir ditempatkan di enam pusat pemindahan, Pasir Puteh (603 orang/empat pusat pemindahan), Tanah Merah (461 orang/11 pusat pemindahan) dan Machang (389 orang/lapan pusat pemindahan).

Cuaca yang agak baik sejak dua hari lalu menyebabkan paras air di beberapa batang sungai utama terus menyusut kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang mencatat bacaan 10.28 meter melepasi paras bahaya 9 meter.

Sejak banjir gelombang kedua melanda Kelantan pada 16 Dis lalu, empat kematian akibat banjir direkodkan iaitu masing-masing di Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai dan Kota Baharu.

Cuaca di Kelantan pada tengah hari Sabtu mendung dengan hujan renyai.

Tags / Kata Kunci: banjir , Kelantan , Tumpat

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan