Tren Monorel Baharu Empat Koc Mula Beroperasi Esok - Berita Semasa | mStar

Tren Monorel Baharu Empat Koc Mula Beroperasi Esok

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 11:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua daripada tren monorel yang baharu buatan Malaysia yang mempunyai empat koc akan memulakan perkhidmatan pada Sabtu, menandakan era baharu dalam sejarah perkhidmatan tren Rapid KL.

Rapid Rail Sdn Bhd berkata set ketiga telahpun menjalani ujian dan pentauliahan.

"Set keempat dijadual diserahkan menjelang akhir bulan dengan baki sembilan set akan diserahkan secara berperingkat tahun depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Khairani Mohamed dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain tren baharu, Rapid Rail juga telah menaik taraf semua 11 stesennya dengan memasang ciri-ciri akses universal, penyambungan platform stesen serta pembinaan sayap baharu di Stesen Bukit Bintang station.

Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, ialah pengendali laluan monorel Rapid KL.
Tags / Kata Kunci: monorel , Rapid Rail Sdn Bhd
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan