Penggajian Pekerja Asing Di Bawah Program 6P Dilanjut Setahun

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 10:50 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri memutuskan tempoh penggajian pekerja asing yang terlibat dalam Program 6P dilanjutkan setahun lagi, berkuat kuasa serta merta.

Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata keputusan itu terpakai kepada pekerja yang mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dan masih digajikan secara sah.

Mengikut rekod Jabatan Imigresen, keputusan itu akan melibatkan seramai 352,493 pekerja asing yang akan tamat penggajian pada akhir tahun hadapan, katanya.
 
"Terdapat majikan yang masih bergantung kepada pekerja asing yang diputihkan di bawah Program 6P kerana masih gagal mendapatkan pekerja tempatan serta belum bersedia untuk berubah kepada operasi perniagaan yang tidak berorientasikan buruh," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Menteri Ketenagakerjaan Repubulik Indonesia, Hanif Dhakiri melakukan kunjungan hormat di sini, Khamis. 

Program Pemutihan 6P dilaksanakan pada 2011 dan hasilnya berjaya memutihkan seramai 521,734 Pendatang Asing Tanpa Izin. Mereka dibenarkan bekerja secara sah bagi tempoh penggajian tiga tahun untuk sektor dibenarkan dan dua tahun untuk sektor beku dan sektor luar dasar.

Alwi berkata keputusan itu juga dibuat selepas kerajaan menyedari kehilangan tenaga kerja dalam jumlah yang besar secara mendadak akan menyebabkan kesan yang besar kepada entiti perniagaan dan seterusnya ekonomi negara.
 
"Keputusan itu sebagai persediaan terakhir kepada majikan yang masih gagal menghantar pulang pekerja asing setelah tamat tempoh penggajian yang ditetapkan," katanya.

Justeru itu, katanya, mana-mana majikan yang berminat untuk terus menggajikan pekerja asing mengikut tempoh penggajian yang baharu itu boleh membuat permohonan pembaharuan PLKS di pejabat Imigresen negeri.

Majikan juga dikehendaki membuat persediaan dan perancangan sumber manusia supaya operasi perniagaan mereka tidak terjejas selepas pekerja dihantar pulang, katanya.
 
"Adalah ditegaskan bahawa tiada sebarang pertambahan tempoh panggajian akan diberikan selepas ini dan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang gagal mematuhi dasar kerajaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Program 6P , KDN

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan