Malaysia, Australia Perluas Kerjasama Keselamatan, Isu Sempadan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 11:44 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Malaysia dan Australia akan meluaskan kerjasama dalam bidang keselamatan dan isu sempadan, terutama dalam memerangi kegiatan pemerdagangan manusia dan jenayah berat terancang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun kedua-negara kini mempunyai hubungan dan kerjasama erat, tetapi Malaysia dan Australia boleh bekerjasama dalam lebih banyak bidang untuk manfaat kedua-dua pihak.

Katanya beliau telah berbincang tentang beberapa isu dengan Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia Scott Morrison, terutama mengenai jenayah rentas sempadan.

"Kami berbincang bagaimana Sistem Tapisan Awal Penumpang (APSS) Malaysia dan penubuhan Sistem Amaran Pergerakan Serantau (RMAS) boleh membantu kami memerangi penggunaan dokumen palsu secara berleluasa.

"Kami juga berbincang tentang bidang baharu yang boleh kami adakan kerjasama," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan Morrison menandatangani memorandum persefahaman(Mou) bagi pihak kerajaan masing-masing mengenai usaha memerangi jenayah rentas sempadan.

Ahmad Zahid berkata kedua-dua negara ingin memberi penjelasan tentang program pertukaran mereka, bukan sahaja kepada para pegawai atasan, tetapi juga pegawai peringkat pertengahan, yang perlu diberi pendedahan mengenainya.

Katanya bagi pelan jangka panjang, selain APSS dan RMAS, semua perkara di bawah tanggungjawab Morrison akan disokong Kementerian Dalam Negeri, manakala bagi sesuatu perkara yang diperlukan kementerian itu (Dalam Negeri) pula, Australia akan memberi sokongan penuh iaitu dari segi perkongsian pengetahuan dan pengalaman, selain pertukaran pegawai.

"Saya ingin memberi penghargaan terhadap kerjasama baik antara polis Malaysia dan polis Australia serta pegawai imigresen. Mereka gembira dengan kerjasama yang dijalin itu.

"Apa yang penting bagi kami, kerajaan Malaysia dan kerajaan Australia, ialah menterjemahkannya (MoU) ke dalam bentuk tindakan. Butiran terperinci mengenainya akan dibincang pada mesyuarat jawatankuasa kerja kami tahun depan," katanya.

Pada sidang akhbar sama, Morrison berkata pemeteraian MoU itu merupakan kejayaan penting terbaru dalam kerjasama amat erat, yang terjalin antara Malaysia dan Australia.

"Ia bukan sekadar kerjasama untuk menangani isu pemerdagangan manusia, penyeludupan manusia dan jenayah rentas sempadan, tetapi suatu hubungan lebih meluas antara kedua-dua negara.

"Beberapa kes yang berlaku (di Australia) memberi peringatan tentang betapa perlunya kerjasama diwujudkan untuk memerangi, bukan sahaja keganasan dan jenayah rentas sempadan, tetapi juga semua pihak yang mengambil kesempatan terhadap orang lain demi meraih keuntungan peribadi," katanya.

Beliau berkata Australia menghargai kerjasama yang diberi Malaysia untuk mencapai objektifnya.

"Kita tahu, isu jenayah rentas sempadan, pemerdagangan manusia, hamba seks ... adalah isu serius di rantau ini. Kami benar-benar komited untuk menangani semua isu ini," kata Morrison.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Autralia , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan