Jaafar Mohd Yusof Dilantik Ketua Polis Negeri Sembilan Yang Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 1:48 PM

Jaafar Mohd Yusof

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDN/KA) Pasukan Gerakan Khas Bukit Aman, Datuk Jaafar Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa Jumaat.

Jaafar menggantikan Datuk Osman Salleh yang ditukarkan ke jawatan Ketua Polis Perak.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, Jumaat dan disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene.

Berucap pada majlis itu, Jaafar, 57, berharap agar kesemua warga kerja kontinjen Negeri Sembilan memberikan komitmen dan kerjasama yang kukuh kepada beliau.

"Saya amat memerlukan sokongan daripada semua supaya saya lebih cepat belajar dengan cara dan gerak kerja yang sewajarnya di sini.

"Syukur alhamdulillah kerana pada hari ini saya diberi sepenuh kepercayaan untuk memimpin kontinjen Negeri Sembilan dan segala tugas yang telah dilaksanakan oleh Osman sebelum ini, akan saya teruskan sehabis baik," katanya.

Jaafar merupakan Ketua Polis Negeri Sembilan ke-47 dan telah menjawat beberapa jawatan penting dalam PDRM selama 40 tahun perkhidmatannya.

Sementara itu, Osman dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada warga kontinjen polis Negeri Sembilan terutamanya kepada setiap ketua polis daerah yang telah bekerjasama sepanjang perkhidmatannya selama lebih tujuh tahun.

"Saya berharap agar sokongan yang lebih berganda akan diberikan kepada Jaafar selepas ini," katanya.




iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan