Keputusan Letak Jawatan Adun Inanam Ditetapkan Selepas Krismas - Berita Semasa | mStar

Keputusan Letak Jawatan Adun Inanam Ditetapkan Selepas Krismas

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 12:52 PM

Dr Roland Chia.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Dr Roland Chia akan membuat pengumuman mengenai kedudukannya sebagai wakil rakyat dan perancangan masa depannya selepas sambutan Hari Natal. 

Dalam status terbaharu yang dimuat naik lewat malam tadi, di akaun Twitter @RolandChiaMS dan Facebook miliknya, Dr Chia berkata: "Kepada media dan rakan-rakan saya. Terima kasih atas sikap ambil berat anda. Saya kini berada di luar negara. Saya akan membuat kenyataan rasmi selepas Krismas." 

Ia merupakan kenyataan rasmi pertama yang dikeluarkan doktor pakar gigi kelahiran Tawau berusia 44 tahun selepas beliau mengumumkan mengenai peletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat negeri selepas memenanginya pada pilihan raya umum 2013. 

Pakatan Rakyat berjaya memenangi 12 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.  

Bagaimanapun, pada penghujung tahun 2013, DAP dan dua wakil rakyat PKR meletakkan jawatan dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. 

Dr Chia antara nama yang disebut-sebut akan meninggalkan pakatan pembangkang. Bagaimanapun, pada ketika itu beliau telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bereknaan. 

Walaupun ada khabar angin yang menyatakan beliau meletakkan jawatan sebagai Adun kerana masalah kesihatan, namun pemerhati politik melihat wujud isu lain iaitu spekulasi mengenai hubungan dingin antara Dr Chia dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Lajim Ukin namun perkara tersebut telah dinafikan oleh mereka. 

Khabar angin lain yang turut bertiup adalah wujudnya 'tangan ghaib' yang memainkan peranan di ibu pejabat PKR. 

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata peletakkan jawatan Dr Chia adalah disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapinya kerana beliau telah menulis surat menyatakan dia berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius. 

Dalam surat tersebut beliau telah menyatakan keinginannya untuk meletakkan jawatan. 

Rafizi berkata parti akan membuat keputusan mengenai isu berkenaan sebaik sahaja Dr Chia kembali daripada luar negara. 

"Kedudukan beliau sebagai Adun Inanam akan kekal seperti status quo," kata Rafizi. 

Sementara itu, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata pejabatnya masih belum menerima sebarang surat peletakkan jawatan daripada Dr Chia dan tiada kekosongan kerusi bagi DUN Inanam. 

Dr Chia menang dengan majoriti 3,202 undi menewaskan calon Barisan Nasional daripada Parti Bersatu Sabah, Joseph Lantip serta calon Parti Progresif Rakyat Sabah, Datuk Eric Majimbun.
Tags / Kata Kunci: Adun Inanam , Dr Roland Chia , letak jawatan , PKR
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan