Gangguan Bekalan Air 18 Kawasan Sekitar Petaling, KL - Syabas

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kawasan sekitar Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini, kerana kerja-kerja penggantian injap.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di sini Jumaat, lapan kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air bermula 10 pagi hingga 7 malam kerana kerja penggantian injap kekupu di Kolam Menara Tasik Prima Puchong. 

Kawasan terlibat ialah Tasik Prima 1 hingga 4; Puchong Utama 7; Prima Biz Hub; Lake Belva dan Pangsapuri Seri Pelangi.

Gangguan bekalan air di Kuala Lumpur pula akan bermula pada 8 malam hingga 6 pagi esoknya berikutan kerja penggantian injap di 'Inlet Compartment' D, Pudu Hulu Baru. 

Kawasan terlibat ialah Hospital Pantai, Cheras; Masjid Pandan Indah; Taman Cheras Utama; Pandan Perdana; Pandan Komersial; Pandan Indah; Cheras Indah; Jalan Pandan Utama; Taman Maju Jaya dan Pandan Mewah. 

Pengguna dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar kepada 39222.

Maklumat lanjut juga boleh didapati pada laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas' atau muat turun aplikasi mySyabas di telefon pintar.

Tags / Kata Kunci: gangguan air , Syabas

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan