Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 11:24 PM

Kalid Jamal, 16, memeriksa motosikal milik bapanya yang rosak selepas ditenggelami banjir ketika tinjauan fotoBernama di Rantau Panjang pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan mencatatkan peningkatan daripada 14,067 orang petang tadi kepada 15,002 orang malam Jumaat.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, mangsa kini ditempatkan di 77 pusat pemindahan di tujuh jajahan iaitu Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, dan Tumpat berbanding 84 pusat pemindahan petang tadi.

Di Pasir Mas, jumlah mangsa meningkat sedikit daripada 7,548 orang petang tadi kepada 7,594 orang malam ini yang kesemua mangsa ditempatkan di 31 pusat pemindahan antaranya di Masjid Chasi, SK Tok Uban dan SMK Kangkong.

Jumlah mangsa di Kuala Krai juga meningkat daipada 2,459 orang petang tadi kepada 2,913 orang malam ini dan kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan antaranya di SK Telekong, SMK Keroh, SK Manek Urai dan SM Teknik Kuala Krai.

Dalam jajahan Tanah Merah, jumlah mangsa berkurangan daripada 729 orang pada petang tadi kepada 551 orang malam ini, dan semua mangsa ditempatkan di 11 pusat pemindahan antaranya SK Kulim, Madrasah Kampung Kulim dan Madrasah Bendang Besar.

Di Machang, jumlah mangsa kekal seramai 362 orang yang kesemua mereka ditempatkan di lapan pusat pemindahan antaranya di Madrasah Pak Nik Deraman, SK Pangkal Meleret, SK Bagan dan Masjid Darul Furqan.

Jumlah mangsa di Kota Baharu menurun daripada 1,431 orang petang tadi kepada 789 orang malam ini.Semua mereka ditempatkan di tujuh pusat pemindahan antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, SK Sri Ketereh, SK Mulong, SK Dewan Beta dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor.

Dalam jajahan Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 619 orang dan mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu SK Wakaf Raja, SK Changgai, SMK Kamil dan SK Kamil I.

Di jajahan Tumpat, jumlah mangsa meningkat kepada 2,174 orang berbanding 859 orang pada petang tadi dan mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu di SK Kebakat, SK Pengkalan Kubor 1, SK Bunohan dan SK Kok Keli.

Setakat pukul 8 malam Jumaat, hanya dua sungai masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.38 meter (paras bahaya 9.00 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah yang merekodkan bacaan 16.28 meter (paras bahaya 16.00 meter).

Tags / Kata Kunci: banjir , Kelantan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan