Yong Soo Heong Terima Anugerah 'China-Malaysia Star of Friendship'

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 1:05 PM

Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang (empat dari kiri) beramah mesra dengan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Yong Soo Heong (tiga dari kiri) serta tetamu lain yang hadir pada majlis penutup sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik China-Malaysia di sebuah hotel, pada malam Khamis. Turut serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Publication, Datuk Seri Wong Chun Wai (paling kiri)
-Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong dan 132 yang lain hari ini menerima anugerah "China-Malaysia Star of Friendship" sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik China dan Malaysia.

Anugerah itu disampaikan oleh Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang dalam upacara gilang gemilang di sebuah hotel di sini malam, Khamis.

Pengarah Urusan Kumpulan Star Publications (M) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan penyanyi Shila Amzah turut menerima anugerah itu.


Yong yang bersara wajib pada Oktober lepas berkata anugerah itu merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada Bernama.
 
"Bernama telah memainkan peranan penting dari segi hubungan dua hala antara China dan Malaysia sejak Tun (Abdul) Razak (Hussein) (perdana menteri kedua)
melakukan lawatan ke Beijing.

"Kami juga telah menerbitkan buku bergambar setebal 100 muka surat bertajuk "Ties That Bind" tahun ini bagi memperingati ulang tahun ke-40", kata Yong kepada Bernama.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Susulan pemberian anugerah itu, para penerima dan pasangan masing-masing turut diberikan kemudahan visa kemasukan pelbagai bagi tempoh lima tahun sebaik dipohon.

Terdahulu, dalam ucapannya, Huang berharap semua penerima anugerah akan terus menyokong pemupukan hubungan China-Malaysia dan komited terhadap persahabatan kedua-dua negara dan rakyatnya.

Beliau berkata kedua-dua negara telah mempamerkan daya saing dan kekukuhan hubungan dalam 40 tahun lepas dan telah memasuki peringkat komprehensif, stabil dan pragmatik.
 
"Mari kita bersama-sama berusaha mempergiatkan lagi pertukaran kebudayaan, menggalakkan dan permudahkan pertukaran dan komunikasi bukan kerajaan, merapatkan jarak antara hati rakyat kedua-dua negara dan meletakkan asas sosial lebih kukuh bagi persahabatan China-Malaysia", katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan