Siti Hasmah Terima Anugerah Khas Srikandi Negara

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 11:56 PM

Rosmah (kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Khas Srikandi Negara kepada Siti Hasmah pada Malam Anugerah Tokoh Srikandi Negara di Kuala Lumpur, malam Khamis. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Khamis menerima Anugerah Khas Srikandi Negara, anugerah julung kali diadakan bagi mengiktiraf jasa serta sumbangan golongan wanita dalam pembangunan negara. 

Anugerah anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) itu disampaikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pemilihan Dr Siti Hasmah, 88, sebagai penerima anugerah khas adalah berdasarkan sumbangan dan jasa beliau dalam bidang pendidikan hingga tertubuhnya banyak institusi pendidikan yang menyumbang kepada kelangsungan penyampaian ilmu pengetahuan kepada masyarakat.

Rosmah ketika berucap pada majlis itu berkata pemimpin wanita di negara ini perlu menunjukkan pencapaian cemerlang, melaksanakan amanah kepimpinan dengan sempurna, berintegriti dan memberikan tanggungjawab terbaik kepada masyarakat.

Katanya kesemua kriteria itu perlu ditonjolkan agar golongan itu diberi kepercayaan tanggungjawab di peringkat tertinggi memandangkan wanita kini mampu memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai program dalam parti di negara ini.

"Mereka diberi sepenuh kepercayaan untuk memikul amanah besar dalam menjayakan misi dan visi parti yang mereka sertai.

"Lebih-lebih lagi trend politik hari ini mengutamakan pencapaian dan keperibadian sebagai kayu pengukur seorang pemimpin politik," katanya semasa merasmikan majlis Anugerah Tokoh Srikandi Negara di sini.

Beliau berkata golongan wanita umpama mutiara yang semakin digilap semakin bersinar cahayanya selain merupakan aset yang begitu tinggi nilainya dan perlu terus menyerlah.

Justeru, Rosmah berkata wanita tidak perlu gentar walau dalam apa jua keadaan sekalipun dalam merealisasikan hasrat menjadikan wanita sebagai pemangkin kepada pembangunan negara.

"Tidak kira dalam apa jua keadaan dan bidang yang anda ceburi, sekiranya dilakukan dengan penuh istiqamah dan bersungguh-sungguh, maka kita akan mampu menggapai kejayaan," katanya.

Sementara itu Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Negeri Sembilan, Datuk Siti Rahmah Kassim, 88, menerima anugerah bagi kategori Politik atas perjuangan beliau menuntut kemerdekaan negara daripada British.

Sebanyak 15 tokoh menerima anugerah yang antara lain ialah Pengerusi RAM Holdings Bhd Tan Sri Norma Yaacob, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Dr Maznah Hamid, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan pendakwah bebas Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.

Kriteria pemilihan penerima anugerah adalah berdasarkan sumbangan mereka antaranya dalam bidang pendidikan, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan kebudayaan.


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan