Rumpai Miang Mexico Kini Dikesan Tumbuh Di Pahang

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 9:13 PM

Rumpai miang Mexico.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Rumpai miang Mexico yang sebelum ini tumbuh di Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor kini turut dikesan di tiga buah daerah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata rumpai liar itu dikesan tumbuh di Kampung Shafie, Pelangai Bentong, Jerantut dan Raub.

"Kita dapati rumpai miang Mexico ini tumbuh di tepi-tepi longkang, kiri dan kanan jalan dan sekolah serta masjid.

Sehubungan itu, kita telah meminta kerjasama pegawai daerah yang berkenaan, majlis daerah, pihak sekolah serta pihak yang terlibat untuk menghapuskan tumbuhan itu," katanya dalam sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ke-13 di sini, Khamis.

Rumpai miang Mexico atau nama saintifiknya 'Parthenium Hysterophorus' adalah sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara.

Ia kemudian telah tersebar ke Asia dan dilaporkan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi.

Shafiq berkata tumbuhan itu agak sukar dihapuskan dan cepat membiak.

"Satu pokok boleh menghasilkan 100,000 biji benih dan ia boleh kekal selama 10 tahun dan bijih benih di dalam tanah mampu bercambah bila keadaan kondusif," katanya.

Menyentuh tentang projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan oleh Felda, Shafik berkata projek itu telah ditangguhkan sementara menunggu laporan terperinci Penilaian Alam Sekitar(DEIA) disiapkan oleh pihak konsultan sebelum ia dikemukakan kepadan Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan.

Katanya, Jabatan Perikanan Negeri Pahang secara dasarnya telah memberikan kelulusan untuk membawa masuk ikan ini walaupun permit secara rasminya belum dikeluarkan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan