PKR Akan Bincang Dengan Adun Inanam Mengenai Hasrat Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 9:58 PM

Dr Roland Chia.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berbincang dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Sabah, Dr Roland Chia yang berhasrat meletak jawatan menerusi laman sosial Facebooknya pada Rabu.
 
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata parti akan mengadakan perbincangan itu apabila Dr Chia, 44, pulang ke tanah air selepas bercuti di luar negara.

"Kita akan bincang (mengenai hasrat Dr Chia untuk meletak jawatan sebagai Adun) apabila beliau pulang ke tanah air nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini Khamis.

Beliau turut menafikan ada menerima sebarang surat peletakan jawatan Dr Chia itu.

Baru-baru ini, Adun Inanam itu memuat naik status di laman Facebook ibarat menyatakan hasratnya mahu meletak jawatan atas masalah kesihatan malah turut berterima kasih kepada seluruh penduduk kawasan itu serta kepimpinan PKR atas sokongan selama 17 bulan menjadi wakil rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas, Dr Chia mendapat 8,926 undi dengan majoriti 3,202 undi menewaskan Eric Majimbun daripada Parti Maju Sabah (SAPP) yang mendapat 5,003 undi dan Joseph Paulus Lantip daripada Barisan Nasional yang memperoleh 5,724 undi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan