MIC: Ahli Bantah Mesyuarat, Desak Palanivel Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 3:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kekecohan berlaku di hadapan ibu pejabat MIC apabila sekumpulan ahlinya mengadakan demonstrasi, petang Khamis bagi membantah keputusan parti untuk mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh baharu pemilihan semula jawatan naib presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Kemelut dalaman parti itu tambah buruk apabila kira-kira 300 ahli MIC mewakili pelbagai bahagian turut mendesak Presidennya, Datuk Seri G.Palanivel untuk meletak jawatan.

Malah kain rentang yang tertera perkataan 'Tolong Letak Jawatan' dengan wajah Palanivel digantung di atas jejambat Lebuhraya Tun Razak menghadap bangunan tersebut.

Ratusan ahli yang berkumpul di hadapan bangunan di Jalan Rahmat itu sejak pukul 12 tengah hari tadi masih bertegas dengan pendirian bahawa mesyuarat itu tidak sepatutnya diadakan kerana ia tidak sah.

Polis dan anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berada di hadapan bangunan tersebut untuk memantau situasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ahli CWC yang memenangi pemilihan tahun lalu berkumpul seawal pukul 12.30 tengah hari untuk hadir pada mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pukul 2 petang.

Timbul sedikit kekecohan apabila sekumpulan ahli parti yang ingin menyertai mesyuarat tersebut dan keadaan itu menyebabkan beberapa ahli lain terpaksa campur tangan menuntut supaya mereka bertenang.

Antara yang dilihat hadir pada mesyuarat itu adalah bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T. Mohan dan Pengarah Strategik MIC,  Datuk Seri S. Vell Paari.

Mereka terpaksa diiringi masuk ke bangunan tersebut dengan bantuan polis.

Ketika mesyuarat bermula, Mohan, Vell Paari serta Ketua Puteri MIC, J. Usha Nandhini dan Ketua Pemuda MIC, C. Sivaraajh dibenarkan menyertainya.

Sehingga ini, ratusan ahli MIC masih lagi berhimpun di hadapan bangunan tersebut untuk menunggu hasil keputusan mesyuarat tersebut.

Difahamkan, tarikh baharu bagi pemilihan semula jawatan naib presiden MIC dan CWC akan diputuskan selepas mesyuarat ini.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Jumaat lepas mengarahkan MIC mengadakan pemilihan baharu bagi tiga jawatan naib presiden dan CWC serta lapan bahagian iaitu Bayan Baru, Bukit Gelugor, Subang, Bandar Baru Kulim, Taiping, Tambun, Sepang dan Jasin.

Berikutan itu, MIC menangguhkan mesyuarat agung tahunannya yang dijadualkan bulan ini bagi membolehkan pemilihan semula itu diadakan.

Tags / Kata Kunci: MIC , Jalan Rahmat , demonstrasi , Palanivel

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan