Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 3,811 Orang

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 10:07 AM

Kelihatan satu keluarga di Kampung Baroh Pial terpaksa mengharungi banjir untuk ke pusat pemindahan selepas kediaman mereka dinaiki air. Seramai 81 orang daripada 21 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan selepas kampung mereka dilanda banjir. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat daripada 2,084 orang malam tadi kepada 3,811 orang pada pagi Khamis.
 
Menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa kini ditempatkan di 51 pusat pemindahan di tujuh jajahan iaitu Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai, dengan Kota Baharu menjadi kawasan terbaru dilanda banjir. 

Di Kota Baharu, seramai 319 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, SK Sri Ketereh dan SK Mulong manakala di Kuala Krai, seramai 499 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan SK Telekong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh.

Di Pasir Puteh, sebanyak 476 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan SK Wakaf Raja, SK Changgai dan SMK Kamil sementara di Machang, seramai 39 mangsa berada di pusat pemindahan Madrasah Sungai Mas, SK Pangkal Meleret, SJKC Pei Hwa dan SK Hamzah 1.

Di Jeli, seramai 635 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan SMK Ayer Lanas, SK Jeli 1, SK Legeh, SK Kalai, SK Kuala Balah, dan Masjid Gemang. 

Di Pasir Mas pula, seramai 623 mangsa ditempatkan di 10 pusat pemindahan termasuk di Masjid Chasi, SK Tok Uban dan SMK Kangkong manakala di Tanah Merah, sebanyak 1,220 orang ditempatkan 23 pusat pemindahan termasuk SK Kulim, Madrasah Kampung Renat dan Madrasah Bendang Besar.

Setakat 8 pagi ini, paras air di enam sungai kini berada di tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Jenob di Tanah Merah merekodkan bacaan 23.92 meter (bahaya 23.50) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang 10.79 meter (bahaya 9 meter). 

Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Baharu kini mencecah paras bahaya iaitu 5.10 meter(bahaya 5.00), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 26.56 meter (bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.79 (bahaya 16.00).

Paras air Sungai Lebir di Gua Musang pula merekodkan bacaan 36.10 (bahaya 35.00).

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 340 orang daripada 82 keluarga berbanding 123 orang daripada 32 keluarga petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan termasuk SMK Gudang Rasau yang dibuka 11 malam tadi bagi menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Gudang Rasau.

Pusat pemindahan lain ialah SMK Pandan yang menempatkan 275 mangsa daripada 64 keluarga dari Lorong Haji Hussain Pandan 2 dan Dewan Orang Ramai Seri Damai yang menempatkan 21 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Seri Damai.
 
"Seramai 32 mangsa daripada lapan keluarga dari PPRT Kempadang pula ditempatkan di SK Kempadang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada kemalangan berkaitan banjir dilaporkan berlaku manakala semua laluan utama yang ditutup kepada kenderaan semalam telah kembali dibuka semula.

Sementara itu, Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang mengesahkan tiada pemindahan mangsa banjir di daerah lain di negeri ini.

Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , Kelantan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan