26 Laluan Di Kelantan Ditutup Akibat Banjir

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 10:31 PM

Ada setengah pemilik lori mengambil kesempatan menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai yang ingin menuju Pekan Rantau Panjang ketika tinjauan fotoBERNAMA di Rantau Panjang, Kelantan pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Sebanyak 26 laluan di lapan jajahan di Kelantan masih ditutup akibat banjir.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, 16 laluan ditutup kepada semua kenderaan manakala 12 laluan hanya ditutup kepada kenderaan ringan.

Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan membabitkan empat laluan di Kuala Krai melibatkan Km4 Jalan Sungai Durian dan Km2 Jalan Bukit Sireh dan tiga laluan di Machang iaitu di Km8 Jalan Machang-Pangkal Meleret, Km7 Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa dan Km6 Jalan Kubor China-Temangan.

Di Pasir Mas, membabitkan lapan laluan iaitu Km12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, Km7.5 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, Km3 Jalan Pengkalan Rakit, Km11 Jalan Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, Km12 Jalan Lubok Jong-Tanah Merah (Jegor), Km23 Jalan Banggol Kulim, Km25 Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang dan KM10 Jalan Pohon Tanjung-Meranti.

Di Pasir Puteh pula di Km45 Jalan Kota Baharu-Kuala Terengganu.

Sementara itu, 12 laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Km10 Jalan Pangkal Gong-Kemubu, Machang dan Km3 Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan di Tumpat. 

Di Kota Baru membabitkan Km6 Jalan Kubang Kerian-Bachok dan Km4 Jalan Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan.
 
Di Pasir Puteh, tiga laluan terlibat iaitu di Km75 Jalan Pasir Puteh-Gong Kelih, Km3.5 Jalan Pasir Puteh-Semerak dan Km29 Jalan Kota Baharu-Kuala Terengganu. 

Di Pasir Mas juga melibatkan tiga laluan di Km5 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas, Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas di Kampung Manan, dan Km4 Jalan Pasir Mas-Meranti manakala di Tanah Merah di Km1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh.

Tags / Kata Kunci: Kota Baru , banjir

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan