Guru Dakwa Ditipu Ustaz

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 1:48 PM

Mohd Khairiri Mohamad Ramli.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang guru, Mohd Khairiri Mohamad Ramli mendakwa dirinya manjadi mangsa penipuan syarikat pelancongan yang turut menawarkan pakej umrah milik lelaki bergelar ustaz.

Sambil mendakwa dirinya dilantik menjadi duta syarikat berkenaan dikatakan disingkirkan daripada menyertai kumpulan untuk menunaikan umrah melalui aplikasi Whatsapp tanpa sebarang notis hingga menyebabkan dia sakit dan menanggung malu kerana tidak dapat menunaikan umrah seperti yang dijanjikan ustaz berkenaan.


"Saya malu hingga terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri di hospital, kerana sepatutnya berlepas menunaikan umrah dengan syarikat itu pada 13 Disember lalu.

"Sebab itu saya tuntut ustaz tersebut menunaikan janji dan membayar balik ganti rugi kerana ribuan ringgit saya telah laburkan untuk mempromosikan pakej umrah syarikat tersebut," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di sini pada Khamis. 

Mohd Khairi turut membuat laporan polis berhubung penipuan yang didakwa dilakukan oleh ustaz berkenaan. 

Mohd Khairi berkata, beliau juga telah membuat laporan polis 15 Disember lalu di Balai Polis Pelabuhan Klang mengenai penipuan yang didakwa dilakukan ustaz berkenaan. 

"Saya memberi tempoh selama sebulan kepada ustaz berkenaan supaya dia sedar apa yang telah dia lakukan itu, memohon maaf dan menunaikan janji yang telah dimungkiri. 

"Sekiranya beliau masih berdegil dan enggan berbuat demikian, saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan saman malu terhadapnya dan mengheret beliau ke muka pengadilan," katanya yang kesal dengan tindakan ustaz tersebut yang boleh merosakkan nama tokoh agama yang lain. 

Antara tawaran yang dijanjikan dalam pakej umrah tersebut.

Mengulas lanjut mengenai pelantikannya sebagai duta syarikat umrah milik ustaz berkenaan, Mohd Khairi yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Darul Modahish berkata, dia dilantik menjadi duta agensi pelancongan tersebut pada 11 Oktober lalu di Masjid Al-Falah Kg Idaman, Pelabuhan Klang. 

"Saya bersetuju untuk menjadi duta syarikat itu tanpa mendapat sebarang bayaran. Apa yang ustaz tersebut janjikan adalah membiayai pemergian saya ke tanah suci untuk menunaikan umrah secara percuma dengan syarat saya perlu mempromosikan pakej umrah berharga RM6,500 bagi syarikat berkenaan. 

"Saya telah pun mengeluarkan lebih kurang RM1,000 untuk mempromosikan pakej umrah syarikat tersebut dengan membawa kain rentang dan flyers untuk tujuan promosi. Saya tidak sangka akhirnya, saya disingkirkan dengan cara begini, saya rasa dihina dan malu kerana ramai yang sudah tahu saya sepatutnya pergi menunaikan umrah pada ketika ini," katanya. 


Lebih malang, kata Mohd Khairiri dia telah beberapa kali cuba menghubungi ustaz berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai penyingkiran beliau sebagai duta syarikat tersebut, namun sehingga kini ustaz berkenaan tidak menjawab sebarang panggilan telefon atau membalas khidmat pesanan ringkas daripada beliau. 

"Jangan dia ingat golongan seperti saya ini mudah ditipu," katanya.


Tags / Kata Kunci: penipuan , syarikat umrah , duta , ustaz

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan