Ramai Rakyat Malaysia Kahwin Terlalu Awal - PBB

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 8:38 AM

Michelle Gyles-McDonnough.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terlalu ramai rakyat Malaysia yang berkahwin pada usia muda, bukan sahaja menjejaskan kesihatan mereka tetapi juga peluang untuk pembangunan tenaga kerja yang produktif.

Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, Michelle Gyles-McDonnough berkata, perkahwinan "terlalu awal" membabitkan golongan muda berusia 18 tahun ke bawah.

"Banci penduduk pada 2010 menunjukkan bahawa kira-kira 80,000 wanita berkahwin di negara ini berusia antara 15 dan 19 tahun, manakala bilangan bagi lelaki muda yang berkahwin seramai 70,000 orang.

"Terlalu ramai golongan muda berkahwin terlalu awal, memberi risiko dari segi mental dan fizikal kerana mereka perlu menangunggu komitmen perkahwinan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laporan mengenai Populasi Dunia 2014 Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) di sini, Selasa. 

Laporan itu menekankan bahawa terdapat 1.8 bilion orang muda berusia antara 10 dan 24 tahun di seluruh dunia, dengan kebanyakan mereka di negara-negara membangun.

Bagaimanapun, ia menunjukkan bahawa perkahwinan kanak-kanak merupakan antara beberapa cabaran yang dihadapi negara-negara terbabit, termasuk Malaysia yang perlu ditangani sekiranya mahu memacu pertumbuhan sosio-ekonomi.

"Pasangan yang berkahwin pada usia muda tidak berupaya menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang produktif dalam negara berpendapatan tinggi, sebaliknya mereka kembali kepada kehidupan yang kebergantungan.

"Begitu juga dengan perkahwinan kanak-kanak, kebiasaannya akan berlakunya kehamilan usia muda, yang boleh membawa risiko semasa kehamilan dan melahirkan anak," kata Gyles McDonnough.



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan