Lima Rakyat Malaysia Cedera Nahas Belon Udara Panas Di Turki

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 8:25 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas sebuah belon udara panas terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki pada Rabu.

Kedutaan Malaysia di Ankara memberitahu The Star bahawa secara keseluruhan seramai lima rakyat Malaysia cedera dalam nahas itu.

Seorang pelancong warga China disahkan terkorban dalam nahas tersebut. 

"Seorang kritikal manakala selebihnya cedera tetapi kami tidak dapat mengesahkan tahap keseriusan kecederaan mereka. Mereka dibawa ke Hospital Versa di Nevsehir untuk rawatan susulan," kata seorang pegawai kedutaan.

Beberapa pegawai dalam perjalanan ke Cappadocia dari Ankara dan dijangka tiba kira-kira pukul 9 malam (waktu Malaysia).

Terdahulu agensi berita Reuters melaporkan warga Malaysia antara sembilan pelancong yang berada dalam belon udara panas itu.

Aktiviti menaiki belon tersebut merupakan pakej jelajah di Turki yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia.

Punca nahas belon tersebut belum dapat dikenal pasti.



Tags / Kata Kunci: belon udara panas , Turki , Malaysia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan