Kurang Didikan Agama Punca Rakyat Malaysia Sertai IS

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Negara pada Rabu diberitahu bahawa kurangnya didikan agama menyebabkan segelintir rakyat Malaysia sanggup meninggalkan negara untuk menyertai kumpulan militan Islamic State (IS).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kewujudan kumpulan militan itu, yang menyalah tafsir ajaran Islam khususnya mengenai konsep jihad, penghapusan dosa dan jalan mudah ke syurga, telah menarik minat segelintir rakyat untuk menyertai IS.

"Bahkan, golongan ini juga masih percaya bahawa hanya kumpulan militan IS sahaja mampu menubuhkan negara Islam sepenuhnya mengikut acuan radikal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab ketika menjawab soalan asal Senator Datuk Lim Nget Yoon yang bertanya mengenai punca sebilangan rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk menyertai IS.

Wan Junaidi berkata perasaan bencikan negara barat juga mendorong golongan itu menentang kuasa besar yang dianggap sebagai musuh Islam.

Golongan berkenaan juga menganggap pertubuhan Islam di peringkat antarabangsa gagal melindungi dan mempertahankan nasib negara-negara Islam yang ditindas, katanya.

"Ini secara tidak langsung turut menyemarakkan lagi semangat mereka untuk berjuang bersama-sama kumpulan pengganas ini," katanya.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Johari Mat, beliau berkata sebuah jawatankuasa di peringkat kementerian perlu diwujudkan bagi mengekang kemasukan ideologi penceramah yang terpesong dan ekstrem.

"Saya memikirkan perlu di peringkat kementerian ada satu jawatankuasa untuk membincangkan perkara ini bersama dengan pihak berkuasa agama negeri," katanya.

Wan Junaidi berkata jika kemasukan ideologi penceramah berkenaan tidak dipantau dan ditapis, ia boleh mendorong rakyat negara ini menyertai perjuangan agama yang ekstremis, sekali gus memesongkan akidah mereka.


Tags / Kata Kunci: IS , Dewan Negara

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan