Tiga Bersaudara Berkonvoi Lebih 1,500km Untuk Skuad Harimau Malaya

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 9:15 PM

Penyokong Harimau Malaya (dari kanan) Datuk Azman Abu Hassan, Mohd Arfan Afiq Azman, Mohd Amiruddin Mahmud dan Mohd Azharuddin Mahmud tiba di perkarangan hotel skuad Harimau Malaya bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 di Bangkok, Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Tiga bersaudara sanggup mengharungi perjalanan lebih 1,500 km menggunakan motosikal berkuasa tinggi bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya yang bakal menentang Thailand pada final pertama bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Rajamangala di sini, Rabu.

Datuk Azman Abu Hassan, 48 yang mengetuai konvoi berkenaan berkata, beliau bersama dua anak saudaranya iaitu pasangan adik beradik, Mohd Amiruddin dan Mohd Azharuddin Mahmud memulakan perjalanan dianggarkan sejauh 1,519km sejak dua hari lepas bermula dari Kuala Lumpur sebelum sampai di sini, Selasa.

Beliau yang ditemani oleh anak ketiganya, Mohd Azli, 15 telah membelanjakan hampir RM1,000 bagi mengisi petrol sepanjang perjalanan jauh itu dan membawa harapan skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh dapat melakar kemenangan selesa menentang skuad 'Gajah Perang'.

"Firasat saya (sebelum ini) kuat mengatakan pasukan kita akan muncul juara selepas pasukan kita menang (agregat) 5-4 dengan Vietnam (pada separuh akhir), baru-baru ini dan anak saya begitu bersungguh mengajak saya datang ke sini. 

"Walaupun menempuh pelbagai halangan, kami sanggup bersusah payah datang ke sini bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan kita," kata Azman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas selamat tiba di Hotel Golden Tulip Sovereign, di sini, Selasa.

Berkongsi pandangan yang sama adalah Mohd Azharuddin, 35 yang bersetuju untuk mengikuti konvoi berkenaan bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya.

"Kami semua datang ke sini kerana ingin berikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya. Kita tidak kisah membanting tenaga selama dua hari demi pasukan kebangsaan dan saya harap mereka akan menang 2-0 pada perlawanan malam esok.

"Bagi saya tiada yang mustahil (untuk menang) kerana pasukan kita sudah membuktikannya dalam perlawanan menentang Vietnam sebelum ini," katanya.

Mohd Amiruddin, 32 pula mengharapkan perjalanan jauh tersebut dapat dibalas dengan kemenangan oleh skuad Harimau Malaya.

"Kita datang berkonvoi ke sini demi skuad Harimau Malaya. Perjalanan pertama ke Kuala Lumpur sehingga ke Chumphon dianggarkan lebih kurang 1,100km dan kita bermalam di sana (semalam) sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok," kata anak jati Melaka itu yang bekerja sendiri.

Malaysia bakal menerima kunjungan Thailand pada aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, 20 Disember ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan