Tebusan Wanita 'Terlepas Lari' Pelajar Cemerlang Universiti

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 11:41 AM

Seorang tebusan, dipercayai Elly Chen adalah seorang daripada lima tebusan yang berjaya melarikan diri daripada tawanan lelaki bersenjata. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tebusan wanita yang berjaya melarikan diri dari kafe Lindt yang ditawan lelaki bersenjata di Sydney, Australia, adalah seorang pelajar universiti terkemuka dan ahli sukan berkemahiran.

Elly Chen, adalah salah seorang daripada dua pelayan yang berlari keluar dari kafe tersebut kira-kira pukul 5 petang (2 petang waktu Malaysia), satu jam selepas dua pelanggan dan seorang lagi pekerja kafe melarikan diri dari premis itu.

Halaman Facebook komuniti menyaksikan kebanjiran ucap selamat, yang tidak putus-putus bercakap tentang keberaniannya melarikan diri, dengan rata-rata menyatakan kelegaan apabila tindakannya itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan.

Netizen Melynda Smith memuji keberaniannya kerana beliau mempunyai kekuatan dan tekad untuk melarikan diri daripada cengkaman seorang lelaki bersenjata, dengan berkata, "Ingatan saya terhadap anda dan semua yang telah melalui pengalaman pahit dan menakutkan, semoga bebas dengan selamat."

Menurut profil LinkedIn, Chen merupakan pelajar Aktuari dan Kewangan di University of New South Wales, di mana beliau juga menjadi secara sukarelawan alam sekitar.

Sebagai atlet peringkat kebangsaan, beliau juga berkhidmat sebagai pengajar renang dan tenis di alma mater beliau, Kolej Presbyterian Ladies di Sydney.

Walaupun terlibat dalam sukan di peringkat kebangsaan dan negeri, ia tidak menjejaskan pembelajaran Chen apabila beliau dengan cemerlang menamatkan pengajian di institusi ini dengan mendapat markah Australian Tertiary Admission Rank (ATAR)  99.25.
Tags / Kata Kunci: Elly Chen , kafe Lindt , tebusan Sydney

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan