Mental Lelaki Bersenjata Tidak Stabil - Abbott - Berita Semasa | mStar

Mental Lelaki Bersenjata Tidak Stabil - Abbott

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 8:56 AM

Tony Abbott

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Lelaki bersenjata kelahiran Iran yang menahan tebusan di sebuah kafe di Sydney amat cenderung kepada golongan pelampau dan mempunyai mental yang tidak stabil, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, Selasa.

"Dia mempunyai sejarah yang panjang dalam jenayah kekerasan,  tergila-gilakan ekstremisme dan mempunyai mental yang tidak stabil," kata Abbott.

"Apabila pengepungannya mula terbuka...dia cuba menutup tindakannya dengan muslihat menggunakan lambang ISIL dan kematian."

Lelaki berusia 50 tahun itu, secara meluas dinamakan dalam media sebagai Man Haron Monis,  menahan 17 orang tebusan di kafe Lindt di pusat bandar Sydney pada Isnin.

Dia telah dibunuh apabila polis Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) menyerbu masuk ke kafe itu pada awal pagi Selasa. Dua tebusan juga terkorban.

Abbott berkata dia juga sangat terkenal di kalangan pihak berkuasa Australia.

"Kita tahu bahawa dia telah menghantar surat menyakitkan hati kepada keluarga tentera Australia yang terbunuh di Afghanistan dan telah didapati bersalah di atas kesalahan berkaitan perkara ini," katanya.

"Kita juga tahu bahawa dia menyiarkan bahan grafik pelampau dalam talian. Malang sekali, ada orang-orang dalam masyarakat kita yang bersedia untuk melibatkan diri dalam keganasan bermotifkan politik. "

Abbott memuji polis kerana cara mereka bertindak, sambil berkata rakyat Australia 'perlu diyakinkan melalui agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang bahawa kita bertindak balas untuk menghapuskan keganasan".

"Jelas, terdapat pengajaran yang boleh dipelajari dan kita akan mengkaji dengan teliti kejadian ini untuk memutuskan apakah pengajaran yang boleh dipelajari," katanya, sambil menambah sedikit masa akan diambil untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di Martin Place dan mengapa.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan