Rumpai Miang Mexico Di N.Sembilan Dalam Keadaan Terkawal

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Rumpai miang Mexico yang terdapat di beberapa kawasan di Negeri Sembilan berada dalam keadaan terkawal, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Datuk Hasim Rusdi. 

Hasim berkata tiga lokasi yang dikenal pasti ditumbuhi rumpai miang Mexico atau nama saintifiknya parthenium hysterophorus ialah di Rantau (Siliau), Johol dan Kuala Pilah. 

"Orang ramai tidak perlu risau kerana Jabatan Veterinar dan Jabatan Pertanian telah diarah untuk membuat pemantauan dari semasa ke semasa di samping menghapuskan tumbuhan ini menggunakan racun.

"Ia tumbuh secara bertompok-tompok di sesuatu kawasan disebabkan oleh haiwan ternakan seperti lembu yang diimport. Najis yang terhasil daripada haiwan ternakan tersebut menyebabkan tumbuhan ini terus membiak termasuk di sekitar jalan di Kuala Pilah," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Rumpai miang Mexico merupakan sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian dan ternakan selain kesihatan manusia.

Para penduduk tidak menyedari bahawa rumpai miang Mexico yang tumbuh di pekarangan rumah mereka sebenarnya mendatangkan bahaya seperti didedahkan Kementerian Kesihatan. 
Tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna putih dan daunnya seakan-akan ulam raja itu mempunyai ketinggian antara 1.5 meter dan dua meter, boleh didapati di merata-rata tempat.

Hasim berkata tumbuhan ini mendatangkan risiko kerana getah yang terdapat di setiap batang tumbuhan itu menyebabkan mangsa mengalami rasa gatal yang berbisa.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan orang ramai supaya segera melaporkan kepada Jabatan Pertanian jika mengesan tumbuhan yang berbentuk seakan ulam raja ini agar tindakan boleh diambil.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan