Penguatkuasa NREB Akan Dibekal Senjata Api

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pegawai penguat kuasa Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak akan dilengkapi dengan senjata api semasa menjalankan tugas mereka.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata pegawai penguat kuasa NREB sama seperti pengawal hutan Jabatan Perhutanan Sarawak dan menghadapi ancaman ketika bertugas.

"Saya mahu pegawai penguat kuasa NREB mendapat latihan sewajarnya dan dilengkapi senjata api (untuk memerangi) aktiviti pembalakan haram," katanya pada majlis makan malam ulang tahun ke-20 NREB merangkap majlis penyampaian Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri di sini, Isnin malam.

Beliau berkata Sarawak akan bertukar menjadi gurun jika aktiviti pembalakan dan penyeludupan kayu-kayan dibiarkan berterusan.

Katanya mereka yang terbabit dalam pembalakan haram telah menyebabkan kemusnahan, dan jika dibiar berterusan, suatu hari nanti akan menggondolkan hutan Sarawak.

Sehubungan itu, beliau merayu kerjasama orang ramai untuk memerangi pembalakan haram dan penyeludupan kayu-kayan di negeri itu dengan melaporkan sebarang kes kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Menyentuh mengenai pemuliharaan alam sekitar, Adenan berkata terdapat kesedaran yang semakin meningkat berhubung isu itu.

"Selepas kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Sungai Hulu Rajang pula tersumbat dan berlaku hakisan yang menyebabkan sungai kita berlumpur, barulah orang ramai sedar betapa pentingnya alam sekitar dipelihara untuk memastikan kita dapat hidup dengan sihat," katanya.

Adenan nyata berpuas hati kerana NREB Sarawak telah melakukan yang terbaik untuk memelihara alam sekitar.

Sementara itu, Kontroler NREB Peter Sawal berkata NREB telah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran pada masa depan, terutama pembangunan mega dan projek-projek yang sensitif di bawah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) NREB terlibat secara aktif dalam aktiviti pembangunan multisektor bagi memastikan semua aktiviti pembangunan dikawal selia serta pelaksanaan projek mematuhi piawaian dan garis panduan alam sekitar, kata Peter.

Penganjuran dwitahunan Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri 2014 kali keenam itu anjuran bersama NREB Sarawak dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI), menarik sejumlah 73 syarikat dalam pelbagai kategori berbanding 39 syarikat yang mengambil bahagian pada 2012.

Tags / Kata Kunci: NREB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan