Menteri Batalkan Serta Merta Cadangan Lesenkan Pemancing

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 7:10 PM

Kesalahan dan denda untuk pemancing berlesen mulai tahun depan yang dicadangkan Jabatan Perikanan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan serta merta cadangan Jabatan Perikanan untuk mengenakan lesen terhadap pemancing mulai tahun depan.

Beliau berkata, walaupun peraturan itu adalah selaras dengan garis panduan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan diguna pakai di banyak negara, namun ia didapati belum masanya peraturan itu dikuatkuasakan di negara ini.

Katanya peraturan melesenkan pemancing telah diluluskan drafnya oleh Jabatan Peguam Negara pada 2012.

"Namun buat masa ini Jabatan Perikanan sedang mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan sebelum cadangan tersebut di bawa ke peringkat kementerian untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama, Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai terdapat laporan bahawa Jabatan Perikanan bercadang mengenakan peraturan itu untuk mengawal populasi ikan serta mengelak aktiviti mencari ikan dengan cara yang salah seperti aktiviti bot tunda di perairan cetek.

Isu berkenaan menjadi viral di laman sosial terutama milik peminat dan kaki pancing yang merasakan langkah memperkenalkan lesen kepada pemancing adalah tidak wajar.

Ismail Sabri berpendapat jika tujuan pelesenan ialah untuk mengelak aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang termasuk pengeboman ikan, sudah terdapat undang-undang serta peraturan mengenainya yang perlu dilaksanakan.

Mengulas lanjut, beliau berkata beliau hanya mengetahui berhubung cadangan itu malam tadi menerusi posting yang dihantar ke laman Facebook beliau.

"Saya sendiri tidak tahu tentang cadangan itu dan saya sendiri terkejut selepas membaca posting di Facebook.

"Peraturan itu kurang wajar dan tidak sesuai dan saya telah mengarahkan supaya cadangan itu dibatalkan serta merta," katanya.

Aktiviti memancing jelas beliau turut merupakan aktiviti sukan dan hobi, malah ada juga nelayan miskin yang terlibat dengan aktiviti memancing di Zon A yang rata-ratanya terdiri daripada golongan miskin, sudah tentu pengambilan lesen akan menyulitkan mereka.

Tags / Kata Kunci: lesen pemancing , Ismail Sabri Yaakob , FAO

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan