Dipanggil Bangsat, Khairy Tak Rasa Apa-Apa

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 8:29 AM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Khairy Jamaluddin berkata banyak kumpulan telah melakukan serangan terhadap dirinya pada masa lalu, justeru adalah tidak penting tentang apa yang ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali fikirkan tentang dirinya.

"Saya mungkin telah melakukan sesuatu yang betul apabila dikritik oleh Perkasa dan kumpulan-kumpulan tertentu yang lain," katanya.

"Saya dituduh bersifat perkauman seperti, ada yang kata saya terlalu melindungi orang Melayu ketika dalam ucapan saya (baru-baru ini) di Perhimpunan Agung Umno.

"Sekarang, Perkasa memanggil saya bangsat kerana saya dikatakan tidak melindungi orang Melayu.

"Jadi, apabila ada dua pihak mengkritik saya, saya mungkin melakukan sesuatu yang betul," kata Ketua Pemuda Umno, tidak mahu memperbesarkan serangan Ibrahim terhadap dirinya ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan tahunan kelima Perkasa, Ahad.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, ditanya oleh pemberita pada Isnin tentang perasaan beliau apabila dipanggil bangsat oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

"Saya tidak rasa apa-apa. Saya tidak akan berbuat apa-apa. Apa yang dia kata tidak penting kepada saya.

"Saya seorang wakil rakyat (wakil rakyat). Dia siapa? " tanya Khairy.

Terdahulu, Khairy menyaksikan majlis menandatangani satu siri perjanjian persefahaman yang melibatkan kementeriannya, Kumpulan UEM, Nilai Springs Resort Sdn Bhd dan Nilai Springs Bhd.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan