Operasi Bersepadu Memadai Tangani Isu Pati Iringi OKU - Imigresen

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 7:30 AM

sakib

Sakib Kusmi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen sudah memadai untuk membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini termasuk segelintir golongan itu yang didakwa terlibat dengan aktiviti meminta sedekah dengan menjadi pengiring kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi berkata, operasi bersepadu itu turut melibatkan agensi penguatkuasaan lain seperti polis. 

“Kita memang tahu aktiviti OKU cacat penglihatan ini didalangi pihak tertentu. Mungkin ada warga asing yang terlibat tetapi bukan semua. 

“Sebab itu kita melakukan operasi bersepadu dalam membanteras Pati dari semasa ke semasa. Kita tak rancang buat operasi khas (isu OKU) kerana pemeriksaan yang kita buat melibatkan semua Pati,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

mStar Online pada Jumaat mendedahkan warga asing dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah menjadi pengiring atau dikenali sebagai ‘penarik’ yang akan bersama OKU cacat penglihatan ketika menjual tisu atau meminta sedekah.

Menurut sumber, keadaan itu hanya akan mengalakkan kebanjiran Pati kerana pekerjaan tersebut mudah dan menawarkan gaji yang tinggi. 

Sakib berkata, usaha membanteras Pati seharusnya melibatkan semua agensi penguat kuasa berkaitan termasuk polis dan pihak berkuasa tempatan.

“Majlis perbandaran boleh buat pemeriksaan di kawasan setempat mereka. Sebab Imigresen juga ada melakukan operasi banteras Pati.

“Jika memang ada pengiring OKU yang dikesan di kalangan orang luar (warga asing) maka maklumat itu boleh disampaikan kepada Imigresen,” katanya sambil menambah tindakan susulan dan penahanan akan dilakukan di bawah Akta Imigresen.

Mengenai pendatang asing itu, beliau berkata, lebih 30,000 Pati ditahan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan tahun ini. Selain itu, hampir 100,000 Pati tampil menyerah diri secara sukarela di bawah program 3+1 yang akan tamat pada 31 Disember ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan