Mesyuarat Tergempar MIC Pada Khamis

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada Khamis untuk membincangkan kemelut parti ekoran arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya MIC mengadakan pemilihan semula semua jawatan.

Setiausaha agung parti, A. Prakash Rao berkata, mesyuarat akan bermula pada 2 petang dengan para pegawai tertinggi MIC, anggota jawatankuasa pemilihan dan peguam.

"Notis untuk menghadiri mesyuarat telah diedarkan kepada semua anggota bagi membincangkan arahan ROS untuk mengadakan pemilihan semula bagi 23 jawatan anggota CWC dan tiga jawatan naib presiden," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi, Isnin.

Jumaat lepas, Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, mesyuarat antara lain akan membincangkan  "beberapa ketidakpastian" dalam surat ROS yang diserahkan kepada setiausaha agung parti pada 5 Disember.

Pada 5 Disember, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi 23 jawatan anggota CWC dan tiga jawatan naib presiden dalam tempoh 90 hari berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perlakuan yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.

ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi lapan bahagian dalam tempoh 60 hari iaitu Bayan Baru, Bukit Gelugor, Subang, Bandar Baru Kulim, Taiping, Tambun, Sepang dan Jasin.

ROS juga mengarahkan parti mengadakan pemilihan semula untuk jawatan Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Batu Kawan, jawatan pengerusi MIC Bahagian Kota Raja, jawatan pengerusi Bahagian Tanjung Malim dan jawatan pengerusi Bahagian Taman Koperasi Polis dalam tempoh 30 hari.

Dua cawangan - Merlimau Utara dan Rumah Pangsa Pekeliling Selatan juga akan mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 30 hari.

ROS menasihatkan MIC supaya menangguhkan perhimpunan agung tahunan sehingga masalah itu diselesaikan.

MIC sepatutnya mengadakan perhimpunan agung tahunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dengan sayap Wanita, Putera dan Puteri Ahad lepas dengan perhimpunan agung parti dijadualkan pada 13 dan 14 Disember.

Pemilihan MIC tahun lepas menyaksikan perebutan antara lapan pemimpin kanan bagi jawatan tiga naib presiden sementara 88 calon, antara mereka dua wanita, bertanding bagi 23 jawatan dalam CWC.

Pemilihan bagi jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk S. Sothinathan, Datuk M. Saravanan dan Datuk S. Balakrishnan.

Tags / Kata Kunci: MIC , mesyuarat tergempar , CWC , ROS

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan