Polis Australia Tak Dapat Sahkan Rakyat Malaysia Antara Tebusan

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 4:24 PM

Sekumpulan polis berdiri dekat sebuah kafe di pusat bandar Sydney pada Isnin. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Australia tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan mereka dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata di sebuah kafe di pusat bandar Sydney pagi Isnin.

Jurucakap Pasukan Polis New South Wales (NSW) berkata, polis masih belum mengenal pasti identiti tebusan yang terdiri daripada staf dan pengunjung Lindt Chocolate Kafe.

"Kami tidak dapat menentukan kewarganegaraan tebusan berkenaan pada ketika ini. Operasi sedang dijalankan dan saya menggesa orang ramai bertenang," katanya kepada Bernama menerusi telefon pada Isnin.

Laporan berita antarabangsa menyatakan seorang militan bersenjata telah menjadikan kira-kira 40 hingga 50 orang sebagai tebusan dalam kafe yang terletak di Martin Place itu.

Reuters melaporkan insiden tebusan bermula pada 9.44 pagi apabila seorang wanita di luar kafe itu melihat seorang lelaki membawa sebuah beg sukan yang kelihatan mengandungi sepucuk senjata api.

Wanita itu memaklumkan kepada polis yang cuba mendekati lelaki itu, yang ketika itu sudah masuk ke dalam kafe itu.

Sementara itu, laman web Pasukan Polis NSW menyatakan operasi polis sedang dijalankan, dan menurutnya polis dan perkhidmatan kecemasan telah memberikan respons dan beberapa jalan di sekitar kawasan itu telah ditutup, termasuk stesen kereta api Martin Place.

Polis menggesa media agar bersikap bertanggungjawab dalam laporan mereka. 

"Spekulasi (laporan spekulasi) boleh mencetuskan kebimbangan tidak sepatutnya. Kami akan berusaha memberikan perkembangan terkini kepada anda dan polis akan mengeluarkan lebih banyak maklumat apabila telah disahkan," menurut laman web itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan