GST Mungkin Naikkan Kos Penjagaan Kesihatan Lima Peratus - APHM

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kos penjagaan kesihatan swasta mungkin meningkat sekurang-kurangnya lima peratus selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April tahun depan, kata Persatuan Hospital Swasta (APHM).

Presiden APHM, Datuk Dr Jacob Thomas berkata, kos perubatan dalam sektor swasta mungkin meningkat walaupun perkhidmatan penjagaan kesihatan dikecualikan daripada GST.

Beliau berkata, ia disebabkan oleh beberapa perkara tertentu dalam pelaksanaan cukai sebanyak enam peratus.

"Kira-kira 99 peratus doktor dalam hospital swasta bukan pekerja di hospital itu, tetapi beroperasi sebagai kontraktor bebas.

"Jabatan Kastam menganggap doktor beroperasi sebagai perunding bebas apabila "khidmat luar" boleh dikenakan cukai," katanya pada sidang media di Pusat Perubatan Sunway di sini, Isnin.

Dr Thomas berkata, ini bermakna beban akibat GST akan dihadapi rakyat untuk perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan profesional.

Beliau menambah, perkhidmatan daripada sumber luar seperti keselamatan, dobi dan pengemsan untuk hospital juga akan dikenakan cukai, yang memberi kesan kepada peningkatan kos operasi.

"Kami dengan hormat meminta supaya kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan melihat perkhidmatan penjagaan kesihatan sebagai pembekalan yang dikecualikan daripada kedua-dua hospital swasta dan penjagaan kesihatan profesional, supaya ia benar-benar bebas GST sebagaimana yang dimaksudkan oleh kerajaan," kata Dr Thomas.

Dilaporkan bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menganggarkan kos penjagaan kesihatan akan meningkat antara satu peratus dan dua peratus apabila GST dilakanakan berikutan beberapa isu teknikal.

Bagaimanapun, Dr Thomas tidak bersetuju dengan anggaran itu dengan menyatakan bahawa peningkatan akan berlaku sekurang-kurangnya lima peratus.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan