MBI Bentang Laporan Audit Berkaitan Pampasan Minggu Ini

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 5:55 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, laporan audit berhubung pembayaran pampasan kepada beberapa pegawai bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dibentangkan Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepadanya minggu ini.

Mohamed Azmin berkata, pihaknya akan meneliti keputusan laporan siasatan pembayaran tersebut yang didakwa tidak mematuhi prosedur, sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

"Mereka (Lembaga Pengarah MBI) telah pun menyiasat perkara itu dan laporan tersebut akan dibentangkan kepada saya dalam minggu ini untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan kerajaan Selangor di sini, Isnin.

Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas menteri besar itu yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.6 juta.

Pembayaran itu disifatkan pelbagai pihak termasuk anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu didakwa telah dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa 23 September lepas.

Bagaimanapun Abdul Khalid berkata pembayaran pampasan itu mengikut skim pemberhentian sukarela (VSS), mematuhi peraturan dan prosedur MBI Selangor.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN), Hannah Yeoh mencadangkan Barisan Nasional (BN) negeri agar melantik anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Datuk Amiruddin Setro sebagai ketua pembangkang yang baharu.

Beliau berkata, Amiruddin merupakan calon yang layak menyandang jawatan itu berdasarkan senioriti dan kapasitinya sebagai ahli jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Selangor (PAC).

Di bawah peraturan tetap DUN Selangor yang baru dipinda, ketua pembangkang juga menjadi pengerusi PAC.

Jawatan ketua pembangkang Selangor kosong berikutan Datuk Mohd Shamsuddin Lias meletakkan jawatan pada 8 Disember lepas, kerana enggan menerima pelantikannya sebagai pengerusi PAC.

Tags / Kata Kunci: MBI , Azmin Ali , pampasan , PAC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan