Tidak Lebih 8,000 Tahanan ISA Sejak 1960 - Wan Junaidi

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 4:11 PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak lebih 8,000 orang sahaja yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak ia diperkenal pada tahun 1960 sehingga dimansuhkan pada 2012, Dewan Negara diberitahu Isnin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kebanyakan mereka yang ditahan ketika itu terdiri daripada pengganas komunis serta anggota pergerakan subversif.

"Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang pencegahan, namun penggunaannya adalah di peringkat yang minimum. Secara realiti tahanan di bawah undang-undang pencegahan terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang dituduh dan dipenjarakan," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk S.Vigneswaran.

S.Vigneswaran ingin tahu bila polis akan bertindak profesional dalam penyiasatan dan memastikan sabitan untuk memasukkan penjenayah ke dalam penjara daripada terlalu bergantung kepada perundangan pencegahan seperti negara-negara membangun yang lain.

Wan Junaidi berkata undang-undang pencegahan diwujudkan bertujuan mencegah sesuatu kesalahan jenayah daripada terus berlaku atau menjadi tidak terkawal seperti kongsi gelap dan kegiatan militan.

Sementara itu, semasa menjawab soalan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai keberkesanan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) berbanding ISA, Wan Junaidi berkata adalah tidak wajar untuk membuat perbandingan bagi kedua-dua akta berdasarkan faktor usia undang-undang.

"Jika dilihat daripada sudut usia, sudah pasti ISA lebih berkesan kerana sudah mencapai suatu tahap kematangan dan telah lama digunakan.

"Perlu diingat, Sosma adalah undang-undang berbentuk tatacara berbanding ISA yang merupakan undang-undang pencegahan dan memberi kuasa kepada eksekutif untuk tujuan penahanan atau sekatan," katanya.

Jelas Wan Junaidi, keberkesanan Sosma dalam menangani isu kegiatan pengganas bagaimanapun tidak dapat dinafikan apabila 22 daripada 45 individu yang ditahan di bawah akta itu telah dihadapkan di mahkamah, dan dikenakan tindakan pendakwaan atas kesalahan menganggotai kumpulan pengganas atau memberi sokongan terhadap perbuatan pengganas.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan