Alat Analisis Forensik Tekanan Suara Boleh Kesan Bohong

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 8:53 AM

Ryan melakukan demonstrasi bagaimana FVSA berfungsi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tanpa diketahui sehingga kini, penyiasat Malaysia telah menggunakan satu alat yang lebih baik daripada poligraf. Menurut pembuat alat itu, ia boleh memberitahu secara pasti apabila seseorang itu berbohong.

Alat itu dinamakan sebagai alat menganalisis forensik tekanan suara atau FVSA yang telah digunakan dengan cemerlang bagi menentukan siapa yang terlibat dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada tahun lepas.

Perunding Risiko Keselamatan Australia, John W. Ryan yang membangunkan perisian itu berkata, FVSA "mengambil dan memaparkan frekuensi yang tidak didengar yang dihasilkan oleh fisiologi manusia dan dibawakan oleh suara".

"Jadi, apabila tekanan berlaku (semasa soal siasat), keadaan separuh sedar itu mengubah frekuensi, dan tindak balasnya, akan menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar atau berbohong, yang boleh dilihat di skrin," tambah Ryan yang membuat demonstrasi mengenai bagaimana sistem itu berfungsi kepada The Star pada Jumaat lalu.

Perisian itu boleh dipasang pada komputer biasa dan satu mikrofon kecil diperlukan untuk merekod keputusan tindak balas. Dan suspek boleh disoal dalam mana-mana bahasa.

Ryan berkata, sistem tersebut menjimatkan masa dan sumber.

"Bayangkan dua detektif perlu menyoal 12 suspek. FVSA akan membantu detektif mengecilkan tumpuan mereka," katanya.

Ryan yang berada di Kuala Lumpur untuk melatih penyiasat-penyiasat bagi menggunakan FVSA berkata, sistem itu telah digunakan di Malaysia sejak 2007, tetapi beliau tidak dibenarkan mendedahkan perkara tersebut kepada para pelanggannya.

Beliau bagaimanapun mendedahkan bahawa FVSA telah digunakan dengan jayanya untuk menyoal suspek-suspek pengganas dalam insiden pencerobohan Sabah.

"Ia telah digunakan untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dan membebaskan mereka yang tidak bersalah dengan kejayaan 100 peratus," katanya, sambil menambah bahawa beliau hanya mempelajari perkara itu daripada seorang pengalisis tempatan pada Ogos lalu.

Laman web International Truth Verification Technologies, yang menghasilkan FVSA secara tidak langsung menjadi rujukan kepada beberapa agensi tempatan.

"Ia turut digunakan di Singapura, Amerika Syarikat (AS), Colombia, Afrika Selatan, Filipina dan Brunei," kata Ryan, sambil menambah bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA), dikritik kerana 'menyeksa' suspek, yang dianggap seperti War on Terror, satu kaedah yang digunakan oleh tentera AS untuk menghapuskan pengganas.

Tambah Ryan, CIA sepatutnya dapat mengekalkan reputasi mereka dan mencapai lebih banyak objektif sekiranya menggunakan FVSA.

Ryan, yang pernah bertugas dalam jangka pendek di Vietnam sebagai kontraktor awam sebelum mengalami kecederaan pada akhir 1960-an berkata, beliau pernah menyaksikan soal siasat secara kejam terhadap banduan-banduan Viet Cong.

Selain soal siasat, FVSA juga digunakan sebagai keselamatan sempadan dan mengrekrut di kalangan pegawai tertinggi.

Ryan berkata, beliau membangunkan FVSA kerana pengesan bohong sebelum ini termasuk poligraf dan Analisis Tekanan Suara, tidak disifatkan sebagai yang terbaik, tetapi masih digunakan oleh kebanyakan agensi di seluruh dunia.

"Itulah yang menganggu saya. Jika semua itu tidak meyakinkan, kenapa peduli?"

Ryan berkata, poligraf tidak boleh digunakan terhadap seseorang yang mengambil minuman keras, wanita mengandung dan mereka di bawah umur, bukan seperti FVSA.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan