'Saya Tidak Sertai PKR, Hati Saya Bersama Umno' - Nur Jazlan

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 1:40 PM

Nur Jazlan Mohamed.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan dakwaan beberapa blog bahawa beliau akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan diberikan jawatan naib presiden.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu menegaskan bahawa sokongannya adalah bersama Umno dan Barisan Nasional walaupun beliau berani mengkritik kepimpinan parti.

"Saya merupakan anak kepada salah pemimpin yang banyak memberikan sumbangan kepada pencapaian Umno, maka adalah pasti hati saya bersama parti. Dan saya tidak meninggalkannya untuk menyertai pembangkang," katanya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis di sini, Ahad.

Spekulasi mengenai Nur Jazlan dijangka akan mengumumkan keluar dari Umno pada Isnin, tersebar meluas di Facebook dan beberapa blog.

Kenyataan yang tersebar itu turut menyatakan bahawa Nur Jazlan dijangka menyertai PKR di mana beliau akan dinamakan sebagai naib presiden.

Spekulasi itu timbul selepas beberapa penulis blog dilaporkan tidak gembira dengan Nur Jazlan yang berkongsi pentas bersama bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk S. Ambiga dalam forum "Kebebasan Berekspresi Diancam" baru-baru ini.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan