Guan Eng Bukan Ketua Agama Islam - Ismail Sabri

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 9:43 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bukanlah ketua agama Islam negeri itu dan beliau tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kebenaran kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. 

Beliau berkata bagi Pulau Pinang, hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa membuat keputusan mengenai hal-ehwal Islam termasuk mengenai penggunaan kalimah Allah.

Ismail Sabri melihat kenyataan Lim memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di negeri itu menggunakan kalimah Allah sebagai bermotifkan politik bagi meraih sokongan orang bukan Islam menjelang pilihan raya negeri Sarawak akan datang. 

"Guan Eng cuba nak jadi hero sebab pilihan raya Sarawak...cuba laga-lagakan antara Umno dengan masyarakat bukan Islam di Sarawak.

"Dia tidak pedulikan perpecahan  antara orang Islam dan bukan Islam ekoran kenyataan (kalimah Allah) ini. Yang penting baginya adalah kepentingan politiknya," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2014 di sini, Ahad.

Lim, dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat lepas, sebagai berkata orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah Allah kerana tiada peruntukan Enakmen Negeri yang melarang mereka berbuat demikian.

Pada Sabtu, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata beliau mahu berjumpa dengan Lim bagi memberi penjelasan tentang isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata Majlis Fatwa Pulau Pinang telah mewartakan perkataan Allah serta 40 lagi perkataan lain berkaitan Islam yang tidak boleh diguna pakai untuk orang bukan Islam di negeri itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan