BR1M 4.0 Dibayar Januari - Ahmad Husni

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (BR1M 4.0) akan dilaksanakan bermula hujung Januari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata pemohon baharu bantuan itu diminta membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini semula maklumat peribadi sebelum tarikh tutup pada 31 Dis ini.

"Pemohon baharu (BR1M) perlu membuat permohonan segera sebelum tarikh tutup pada 31 Dis, kemudian kita akan proses untuk melihat mereka yang layak sebelum pembayaran dibuat hujung Januari ini.

"Bagi penerima sedia ada mereka perlu mengemas kini maklumat kerana sukar untuk kita beri pampasan kepada waris penerima yang meninggal dunia kerana mereka tidak letak nama pewaris pada borang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Kelulusan Membina Surau Baharu Perumahan Awam Jalan Padang Tembak di sini, Ahad.

Ahmad Husni berkata penerima digalakkan membuka akaun bank supaya proses pembayaran dapat dilakukan secara efisien memandangkan pembayaran BR1M adalah sebanyak tiga kali setahun.

Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan April 2015 dan kemampuan fiskal, kerajaan mengumumkan BR1M dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kadar BR1M dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.

BR1M akan dibayar pada Januari, Mei dan September.


Tags / Kata Kunci: BR1M , Ahmad Husni

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan