Adam Bertemu PM, Ucap Terima Kasih

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 6:26 PM

Perdana Menteri menerima cenderahati bola rasmi Piala AFF Suzuki daripada Adam Akbar Ali ketika menerima kunjungan bekas pengidap Tumor Saraf Tunjang tahap kritikal itu di Seri Perdana pada Ahad. Foto:BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Adam Akbar Ali, 12, bekas penghidap penyakit Tumor Saraf Tunjang bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi pemimpin nombor satu negara itu di sini pada Ahad.

Pada pertemuan berlangsung kira-kira sejam itu, Adam menyampaikan ucapan terima kasih kepada Najib kerana membantunya untuk menjalani pembedahan diHospital John Hopkins, Amerika Syarikat pada 2012.

Adam yang mencatatkan keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini turut menyampaikan bola rasmi Piala AFF Suzuki kepada Perdana Menteri sebagai cenderahati.

Najib turut makan tengah hari bersama-sama Adam yang ditemani bapanya Akbar Ali Mohamed Noordin, 45, dan ibu, Siti Rogayah Syed Ismail, 36, serta dua adik perempuannya.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk kepada Presiden Pertubuhan Belia Pemikir Muda (Pemikir) yang telah melancarkan tabung untuk mendapatkan dana bagi rawatan untuk anak saya (Adam)," kata Akbar Ali.

"Alhamdulillah, setakat ini 97 peratus tumor Adam telah berjaya dikeluarkandan Adam kini dapat hidup lebih sihat dan ceria," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Sementara itu, Presiden Pemikir Mohd Rafiq Naizamohideen berkata pertubuhan itu menghargai keprihatinan Perdana Menteri dalam usaha merawat Adam dan juga menyelesaikan masalahnya untuk mendapatkan visa.

"Biasanya tempoh untuk mendapatkan visa akan mengambil masa yang lama, tetapi atas pertolongan Perdana Menteri, kami berjaya mendapatkan visa dalam masa sehari,"katanya.

Katanya persatuan akan meneruskan usaha untuk membantu pesakit kronik lain yang memerlukan bantuan pada masa depan.

Mohd Rafiq yang juga Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda Umno berkata Adam akan dijadikan sebagai adik angkat biro tersebut dan akan membantu Adam dalam meneruskan pelajarannya. 

Tags / Kata Kunci: Adam , pesakit tumor , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan