Zuckerberg Tak Cadang Letak Butang 'Tidak Suka' Di Facebook

Diterbitkan: Sabtu, 13 Disember 2014 12:46 PM

Mark Zuckerberg

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Pengasas Facebook Mark Zuckerberg mahu orang ramai dapat menyampaikan perasaannya dengan cepat di rangkaian media sosial terkemuka itu, tetapi tidak akan memuatkannya dengan butang 'tidak suka'.

Semasa sesi soal-jawab dengan penonton di ibu pejabat Facebook di California Utara yang boleh diikuti secara 'online' pada Jumaat, Zuckerberg memuji idea melatakkan butang 'tidak suka' terhadap mana-mana 'posting' di media sosial itu.

"Itu bukan sesuatu yang kita fikir baik untuk dunia," kata Zuckerberg, menyuarakan kebimbangan bahawa butang 'suka' dan 'tidak suka' boleh bertukar menjadi sistem pengundian untuk menilai sesuatu posting.

"Perkara yang saya fikir adalah sangat berharga, apabila terdapat lebih banyak sentimen yang mahu dinyatakan oleh orang ramai.

Walaupun Facebook terkenal dengan butang 'suka' yang membolehkan orang ramai menunjukkan sokongan atau semangat untuk sesuatu posting, sesetengah orang berfikir sentimen itu seolah-olah di luar sasaran bagi perkara-perkara tidak baik seperti berita kematian atau kesedihan lain dalam kehidupan rakan-rakan.

"Kita bercakap tentang cara yang betul untuk orang-orang menyatakan pelbagai emosi secara lebih meluas dengan mudah," kata Zuckerberg, memberi contoh seperti simpati, kejutan, atau ketawa," katanya.

Facebook juga akan berdepan risiko dari segi iklan dengan memberikan ahli-ahlinya menekan butang 'tidal suka' dengan cepat, menurut penganalisis pemasaran.

Zuckerberg berkata bagaimanapun ahli Facebook bebas untuk mengulas komen.
Tags / Kata Kunci: Mark Zuckerberg , butang'tidak suka'

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan