Semak Rekod Jenayah Warga Asing Sebelum Benarkan Masuk - Lam Thye

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 7:23 PM

Lee Lam Thye

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Warga asing yang memasuki negara ini perlu disemak status rekod jenayah mereka terlebih dahulu, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata ia memerlukan kerjasama polis Malaysia dan polis negara luar bagi membendung perkara tersebut.

"Kita melihat perkembangan jenayah kejam membabitkan warga asing di negara ini sebagai menakut dan membimbangkan," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas jenayah kejam yang dilakukan warga negara Myanmar di di Pulau Pinang yang menjadikan warga negara mereka sendiri sebagai mangsa akibat perbuatan membalas dendam yang kesnya berpunca di negara mereka sendiri.

Penganalisis Jenayah Kamal Affendi Hashim pula berkata, sikap tamak dan tidak ambil kisah masyarakat tempatan juga dilihat sebagai punca berlakunya jenayah membabitkan warga asing.

"Pemilik rumah sewa misalnya, jangan fikir untung sahaja. Pertimbang juga siapa yang hendak menyewa rumah mereka. Jangan sewakan pada warga asing terutama pendatang tanpa izin. Jika sewakan pun, buat pemeriksaan berkala, supaya rumah mereka tidak menjadi sarang penjenayah," katanya.

Beliau berkata bagi pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing, mereka perlu mengetahui tujuan kenderaan itu digunakan.

Rakyat perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menangani jenayah, katanya.

Tags / Kata Kunci: warga asing , Lee Lam Thye , jenayah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan