Tiada MoU Perlombongan Dengan Syarikat China - MB Terengganu

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 9:45 AM

Ahmad Razif Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan pihaknya tidak pernah berurusan dengan Syarikat CAA Resources dan tiada rekod menunjukkan syarikat berkenaan pernah mendapat kelulusan melombong sama ada di Bukit Besi atau di tempat lain di Terengganu.

Ahmad Razif berkata, kerajaan juga telah mengesahkan bahawa syarikat CAA Resources dan Red Sun bukan sebagai sub-kontraktor atau operator kepada mana-mana syarikat perlombongan di negeri ini terutamanya di Bukit Besi.

"Begitu juga anak syarikat CAA Resources Sdn Bhd seperti Capture Bukit Besi Sdn Bhd dan Red Sun Resources Sdn Bhd yang mendakwa memiliki tanah lombong di Bukit Besi adalah bohong semata-mata.

"Kalau tidak percaya, tuan-tuan boleh membuat carian di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri atau mana-mana Pejabat Tanah di Terengganu mengenai pemilikan tanah syarikat-syarikat tersebut," katanya.

Ahmad Razif berkata, CAA Resources Sdn Bhd memang memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat swasta yang beribupejabat di Kuantan namun ianya tiada kena mengena dengan mana-mana pihak kerajaan Terengganu.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahmad Razif sendiri menyatakan kekesalan terhadap pihak pembangkang yang lebih percaya kepada fitnah orang luar sehingga sanggup menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan mengadakan ceramah di merata tempat kononnya untuk menyelamatkan Bukit Besi. 

Menurutnya, tuduhan yang datang dari luar sepatutnya disiasat terlebih dahulu kebenarannya. 

"Sepatutnya pihak pembangkang khususnya ahli-ahli yang berhormat bersama-sama bertindak mempertahankan kerajaan negeri daripada tuduhan-tuduhan liar, bukannya turut sama menyambung fitnah dan dakwaan yang sama sekali tak berasas," katanya. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan