OKU Jaja Tisu: Sindiket 'Bela' Warga Asing Jadi 'Penarik'

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Warga asing dengan status meragukan dipercayai 'berselindung' di sebalik aktiviti minta sedekah dengan menjadi pengiring kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan yang menjual tisu.

Kumpulan yang kebanyakannya di kalangan wanita  berusia sekitar 30 hingga 45 tahun ini juga dikenali sebagai 'penarik' akan bersama OKU berkenaan menjual tisu atau meminta sedekah dari meja ke meja makan pelanggan restoran di kawasan tumpuan ramai.

Lebih mengejutkan apabila ada pengiring celik ini yang dikatakan diupah pihak tertentu dan mengambil kesempatan terhadap sebilangan OKU buta yang mencari rezeki dengan menjual tisu.

Pekerjaan ini menjadi sasaran pihak berkenaan yang berperanan umpama sindiket ini kerana ia antara sumber pendapatan yang menjanjikan pulangan tinggi kepada golongan istimewa itu seperti mana pendedahan mStar Online baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, maklumat terbaharu ini diterima daripada golongan OKU menerusi emel sebagai maklum balas terhadap laporan portal berita ini yang mendedahkan mengenai OKU buta menjual tisu mampu meraih pendapatan lebih RM2,500 sebulan.

Pengirim emel itu juga mengakui ramai OKU buta yang ditindas pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan 'kekurangan' mereka untuk mendapat untung atas angin dan meminta mStar Online mendedahkan kegiatan itu.

"Mereka akan berkumpul di gerai-gerai makan sebelum memulakan operasi dan kembali semula ke kawasan itu setelah selesai operasi untuk mengira hasil pendapatan.

"Saya yakin dan percaya kebanyakan warga asing ini tidak mempunyai permit kerja yang sah,e tetapi menjadi 'penarik' kerana kerja itu mudah dan lumayan," kata seorang OKU cacat penglihatan melalui emel yang dihantar kepada mStar Online.

Dia yang tidak mahu mendedahkan identitinya menyatakan kebimbangannya jika aktiviti ini berlarutan, golongan OKU akan terus ditindas, manakala pihak lain yang mengaut keuntungan 'atas angin'.

Katanya, disebabkan aktiviti mengemis dan menjual tisu ini, golongan OKU buta yang hidup berdikari dan bekerja terkena tempias dan terpaksa berdepan persepsi negatif masyarakat.

"Penglibatan warga asing dalam kerja menjaja tisu kononnya sebagai pengiring orang buta menggalakkan kebanjiran pendatang asing kerana pekerjaan tersebut mudah dan lumayan," katanya yang berkerja dalam bidang refleksologi.

Seorang lagi OKU cacat penglihatan yang membuka perniagaan sendiri berkata, ada situasi di mana wanita warga asing yang menjadi 'penarik' berkahwin dengan OKU buta.

"Bila sudah berkahwin, hasil jualan tisu akan jadi pendapatan bersama.

"Ada juga kes di mana OKU buta keluar bergilir-gilir, kadang-kadang dengan isteri sendiri, kadang-kadang dengan penarik warga asing," katanya yang juga tidak mahu mendedahkan identiti.

Diminta mengulas dakwaan OKU berkenaan, Ketua  Pegawai Eksekutif Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Datuk Ganesan Supayah berkata, pihaknya sedar akan kebanjiran warga asing berpasangan dengan OKU buta di sekitar ibu kota.

Katanya, kegiatan mereka ini dapat dilihat di Kuala Lumpur terutama sekitar Brickfields kerana kawasan tersebut 'mesra OKU' dan menjadi tumpuan ramai.

"Orang asing itu paling membimbangkan kita terutama kerana status mereka diragui.

"OKU buta pun kita bimbang. Kita tak tahu mereka datang dari mana, tetapi yang pasti semakin hari mereka semakin ramai," katanya sambil menambah di Brickfields sahaja terdapat kira-kira 1,000 OKU cacat penglihatan.

Beliau berkata, agensi-agensi penguatkuasa seperti Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu sentiasa menjalankan pemantauan dan bertindak pro-aktif dalam usaha menangani isu ini.

Beliau menambah, MAB juga sedia berkerjasama dengan agensi-agensi tersebut untuk memastikan kegiatan ini dikurangkan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan