Penyelesaian Kemelut Bernama TV Sedang Dikaji - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 8:56 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia  sedang mengkaji permasalahan yang dihadapi oleh stesen berita 24 jam, Bernama TV, hingga tidak dapat membayar gaji pekerjanya.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kajian terperinci bagi menyelesaikan kemelut Bernama TV ataupun mencari keputusan lain perlu dilakukan dengan sebaiknya kerana ia adalah satu entiti perniagaan yang dikendalikan oleh pihak swasta.

"Sudah semestinya saya memahami tentang kesusahan yang dialami pekerja stesen TV berkenaan dan saya mengambil berat akan hal ini.

"Akan tetapi harus difahami bahawa Bernama TV bukanlah suatu stesen TV milik kerajaan tetapi ia milik swasta dan apa pun keputusannya mestilah berdasarkan keputusan perniagaan," katanya selepas merasmikan Majlis Pembahagian Dana Persekolahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai di sini.

Ditanya sama ada kementerian itu akan memberikan suntikan kewangan awal kepada pekerja terlibat, Ahmad Shabery berkata, pihaknya tetap akan mencari jalan terbaik untuk meringankan beban pekerja yang terlibat.

Menurutnya selama ini pun, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah banyak memberikan suntikan bagi menanggung operasi dan gaji pekerja Bernama TV.

"Peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk mengendalikan operasi Bernama sebagai agensi berita bagaimanapun sebahagiannya terpaksa diambil bagi menanggung kelemahan syarikat swasta," katanya.

Justeru itu, kata Ahmad Shabery keputusan segera haruslah dibuat bagi menyelesaikan masalah berkenaan kerana soalnya mengapa kerajaan pula yang terpaksa menanggung kelemahan sebuah syarikat swasta yang tidak memenuhi tanggungjawab dalam mengendalikan stesen TV berkenaan.

Bernama mempunyai pegangan minoriti 33 peatus dalam Bernama TV dan membayar gaji pekerja sehinggalah ia tidak mampu lagi melakukannya pada November.

Kali terakhir kakitangan Bernama TV mendapat gaji ialah pada 20 Oktober lepas.

Ekoran itu, 30 wakil kakitangan stesen TV tersebut dilaporkan membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pada Rabu lepas.

Pada majlis itu, seramai 2,536 penerima menerima wang tunai berjumlah RM421,300 daripada kerajaan negeri Terengganu.

Abdul Mutalib Abdul Ghani, 46, yang bekerja di sebuah syarikat swasta, berkata sumbangan RM200 itu dapat menampung perbelanjaan persekolahan dua anaknya. 

Tags / Kata Kunci: Bernama TV , gaji , stesen berita , JTK

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan